saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 15/03/2011

Malaysia sedia tambah anggota misi bantuan ke Jepun

15/03/2011 6:48pm

KUALA LUMPUR 15 Mac Malaysia bersedia menambah bilangan anggota misi menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun sekiranya pihak berkuasa Jepun memberi kebenaran berbuat demikian, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, sebagai sebahagian daripada komuniti antarabangsa, Malaysia bersedia memberi komitmen itu sebagai tanda keprihatinan terhadap rakyat Jepun yang ditimpa musibah akibat gempa bumi yang mencetuskan tsunami dengan magnitud 8.9 pada Jumaat lepas.

Katanya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah pun berada di Jepun untuk menyertai misi bantuan dan buat masa ini, 50 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) bersedia berlepas bila-bila masa ke negara itu dengan dua pesawat Charlie C-130.

"Ini merupakan kumpulan pertama, kita bersedia menambah lagi walaupun sehingga satu batalion, tetapi ia (penambahan anggota) tertakluk kepada pihak berkuasa Jepun untuk memberi pelepasan kepada pasukan kita untuk meneruskan misi itu, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek rayuan Hari Pahlawan 2010 kepada Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Parlimen di sini, hari ini. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.