saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 15/03/2011

Usul tergempar bencana di Jepun dibentang Khamis ini

15/03/2011 10:38pm

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) Persidangan Dewan Rakyat dijangka membahaskan usul tergempar mengenai gempa dan tsunami di Jepun Khamis ini, kata Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, Dewan Rakyat telah menerima pemberitahuan daripada kerajaan yang akan mengemukakan usul berkenaan dan notis mengenainya dijangka diterima esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dijangka membentangkan usul itu mengikut Peraturan 27(3) Parlimen, dan akan dibahaskan oleh anggota dewan, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata, oleh kerana itu beliau menolak permohonan M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) pada persidangan pagi tadi yang memohon menangguhkan persidangan dewan bagi membincangkan kejadian gempa dan tsunami di Jepun pada Jumaat lepas.

Pihak kerajaan kini sedang memutamadkan usul berkenaan dan akan menyerahkan notis pembentangan usul itu esok. Tetapi saya yakin usul yang akan dibawa itu berhubung dengan rasa simpati kita kepada kerajaan dan rakyat Jepun atas malapetaka yang menimpa mereka, katanya. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.