saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 15/03/2011

Teguran bapa bawa tuah Siti Hawa johan seni khat


Siti Hawa Zainal Abidin dan Nik Abd. Rahman Zaki Nik Abd. Karim bersama piala pusingan di Taman Tamadun Islam, semalam.


KUALA TERENGGANU 14 Mac - Teguran bapa yang meminta agar Siti Hawa Zainal Abidin, 28, memperbaiki tulisan jawinya yang teruk ketika berada di sekolah menengah tidak sia-sia.

Dia yang akhirnya memilih kerjaya sebagai penulis khat di Yayasan Restu semalam muncul sebagai johan kategori karya siap (kanvas) pada pertandingan seni khat program Inspirasi Seni Khat Taman Tamadun Islam (TTI) 2011.

Siti Hawa membawa pulang wang RM4,000 dan turut dinobatkan sebagai penerima anugerah Piala Tengku Sri Bendahara Raja.

Anak kelahiran Grik, Perak itu tidak menyangka menerima dua kemenangan berkenaan memandangkan persaingan adalah sengit dan melibatkan ramai penulis khat.

Katanya, penulisan khat bermotifkan corak kayu yang diketengahkan dalam pertandingan itu merupakan idea yang difikirkan pada saat-saat akhir.

"Pada mulanya, saya terfikir corak lain bagaimanapun menukarnya kerana melihat corak berinspirasikan kayu lebih menarik dan sesuai dengan lenggok tulisan yang saya mahu ketengahkan.

"Saya amat berterima kasih kepada keluarga yang banyak mendorong saya dalam bidang ini," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan itu di Taman Tamadun Islam, di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, hadiah disampaikan oleh Tengku Sri Bendahara Raja, Tengku Mustaffa Kamel.

Pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM61,000 dianjurkan oleh kerajaan negeri menerusi agensinya, TTI Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Malaysia.

Program Inspirasi Khat TTI selama dua hari turut diisi dengan seminar yang menyentuh mengenai seminar pemantapan dan perkembangan seni khat global.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan termasuk kategori karya siap (kayu) yang dimenangi oleh Abdul Wahab Khalid.

Kategori karya siap (logam) dinobatkan kepada Syed Ubaidillah Syed Mohamad dan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000.

Nik Abd. Rahman Zaki Nik Abd. Karim membawa pulang hadiah bernilai RM2,500 selain dinobatkan pemenang Piala Datuk Seri Ahmad Said setelah menjuarai kategori spontan (terbuka).

Kategori spontan (sekolah) dimenangi oleh Muhammad Yazid Samsudin yang membawa hadiah bernilai RM700.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.