saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/03/2011

Ada kemajuan perbincangan panel novel Interlok

PUTRAJAYA 15 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan menerima laporan lengkap daripada panel bebas yang mengkaji pindaan novel Interlok karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein dalam tempoh beberapa hari lagi.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, setakat ini beliau dimaklumkan ada kemajuan yang amat menggalakkan dalam perbincangan panel terbabit.

''Selepas itu kita akan beri peluang kepada wakil masyarakat India untuk memaklumkan kepada pemimpin supaya apa yang diputuskan secara konsensus itu dapat diterima oleh mereka.

''Saya juga akan bawa perkara itu ke mesyuarat Kabinet kerana ia telah capai ke tahap nasional dan juga untuk mendapatkan kelulusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menutup Program Keluarga Angkat 1Malaysia peringkat Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed.

Kerajaan menubuhkan panel bebas itu untuk mengkaji pindaan novel Interlok pada pertengahan bulan lalu dan ia dipengerusikan oleh Prof. Datuk Shamsul Amri Baharuddin.

Panel yang dianggotai lapan orang terdiri daripada pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan, wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta wakil masyarakat India itu akan mengkaji bentuk pindaan yang sesuai dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

Novel tersebut mencetuskan kontroversi kerana mengandungi beberapa perkataan yang tidak disenangi masyarakat India.

Mengenai dasar Satu Murid Satu Sekolah (1M1S), Muhyiddin memberitahu, program itu akan dilancarkan secara rasmi Julai ini.

''Surat arahan melaksanakan dasar itu telah dikeluarkan pada awal tahun ini dan semua sekolah perlu menentukan jenis sukan apa berdasarkan kemudahan sedia ada," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.