saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 18/03/2011

Murid, guru SRA JAIM Bukit Beruang dapat sekolah baru


MOHD. Ali meluangkan masa dengan murid-murid SRA JAIM Bukit Beruang selepas merasmikan bangunan baru sekolah tersebut di Bukit Beruang, Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 17 Mac - Kira-kira 441 murid dan 11 guru Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Bukit Beruang di sini kini sudah boleh menarik nafas lega apabila penantian mereka selama 28 tahun untuk menikmati bangunan sekolah baru menjadi kenyataan.

Ini kerana, sepanjang tempoh tersebut, murid dan guru terbabit terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang bagi menjalani sesi pembelajaran mereka.

Bangunan baru SRA JAIM Bukit Beruang telah beroperasi sejak Mei tahun lalu dengan perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam sebelum pengurusan sekolah diserahkan kepada pihak JAIM.

Menurut Mohd. Ali, bangunan dua tingkat itu dibina di atas tanah wakaf dengan keluasannya dianggarkan lebih empat hektar melalui kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bukit Beruang.

''Usaha ini digembleng bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Lembaga Kemajuan Sekolah (Lekas) yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi membangunkan SRA JAIM Bukit Beruang demi memastikan murid dan guru sekolah ini menikmati kemudahan pendidikan yang sewajarnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan bangunan baru SRA JAIM Bukit Beruang yang turut dihadiri Pengarah JAIM, Mohd. Zain Mansor dan Ahli Parlimen Bukit Katil , Datuk Mat Sirat Abu di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, Mohd. Ali turut menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada enam murid SRA JAIM Bukit Beruang yang mencapai keputusan cemerlang 8A dan 14 murid memperolehi 7A pada Ujian Pencapaian Kelas Kafa (UPKK) 2010.

Selain itu katanya, antara kemudahan yang disediakan pada bangunan baru sekolah terbabit adalah kelas pengajian, pusat sumber, tandas dan padang bagi membolehkan murid menjalani aktiviti riadah serta perhimpunan bulanan.

''Kita harap murid dan guru sekolah SRA JAIM Bukit Beruang dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan tanpa perlu berkongsi dengan sekolah berhampiran seperti yang berlaku sebelum ini," katanya.

Sementara itu, guru besar sekolah terlibat, Afizah Abd. Aziz ketika ditemui berkata, pihaknya begitu gembira diberikan kemudahan bangunan baru yang lebih selesa untuk sesi pembelajaran murid sekolah berkenaan.

''Sebelum ini, kami bimbang tentang keselamatan murid memandangkan ketika menumpang sementara Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang keadaannya agak terhad memandangkan kita hanya diberikan satu bangunan sahaja.

''Namun ,selepas berpindah ke bangunan baru ini, keadaannya begitu selesa kerana disediakan 14 buah kelas bagi menampung pelajar yang sedia ada dan begitu selamat kerana kawasannya lebih teratur dan dikelilingi pagar," katanya.

Melalui kemudahan sekolah baru itu juga, katanya, pihak sekolah sudah boleh membuat pengambilan murid berusia tujuh hingga 12 tahun berbanding sebelum ini bermula usia sembilan tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.