saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 18/03/2011

Blatter optimis pertahan jawatan Presiden


Sepp Blatter menjawab soalan wartawan pada sidang media bersama Sultan Ahmad Shah di Istana Pahang, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ Hafiz Johari


KUALA LUMPUR - Tidak kira sama ada pemilihan Presiden penggal baru akan berlangsung atau sebaliknya, Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Datuk Seri Sepp Blatter yakin mempertahankan teraju tertinggi badan dunia bola sepak itu buat penggal kelima berturut-turut.

Blatter mengakui kebanyakan negara Asia termasuk Asia Barat akan memberikan sokongan padu kepadanya berdasarkan transformasi yang dilakukannya dalam pengurusan bola sepak di peringkat antarabangsa.

"Buat masa ini saya tidak tahu adakah Presiden AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) Mohamed bin Hammam sudah menetapkan pendirian untuk bertanding.

''Sekiranya ada pertandingan, saya sudah bersedia dan mempunyai keyakinan mempertahankan jawatan berdasarkan sokongan yang dijanjikan oleh pemimpin setiap negara semasa perjumpaan sekretariat FIFA di Johannesburg, Afrika Selatan,

''Namun, saya serahkan segalanya kepada perwakilan, seandainya saya dipilih, saya akan meneruskan khidmat saya tetapi jika tidak, saya akan ucapkan selamat tinggal," katanya di Istana Pahang di sini, semalam.

Beliau yang melakukan lawatan kerja sehari ke Malaysia sebelum itu mengadap Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah dan Timbalan Presiden Tengku Abdullah Ahmad Shah.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan pemimpin tertinggi FAM yang lain.

Pada pertemuan itu, Blatter dianugerahkan gelaran Datuk Seri oleh Sultan Ahmad Shah.

Pemilihan jawatan Presiden FIFA bagi penggal baru akan berlangsung pada 1 Jun depan di Zurich, Switzerland. Blatter telah memegang jawatan berkhidmat bersama FIFA selama 13 tahun selaku Presiden.

Dalam pada itu, sikap Presiden AFC, Mohamed bin Hammam yang enggan menemui Blatter, menguatkan lagi spekulasi bahawa pemimpin bola sepak dari Qatar itu sudah bersedia bertanding menduduki kerusi No. 1 badan dunia bola sepak itu.

''Saya ada menyatakan hasrat mahu berjumpa dengan beliau (Hammam), tetapi dia berkata dia terlalu sibuk kerana mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AFC hari ini dan saya tidak dapat berjumpa dengannya, " katanya.

Hammam akan mengumumkan untuk bertanding atau tidak dalam pemilihan Presiden hari ini di Rumah AFC di sini.

Blatter yang diasak pelbagai soalan daripada wartawan dari luar negara juga memberi petanda bahawa kemungkinan penggal yang akan datang akan menjadi penggal terakhir buatnya.

''Kemungkinannya ialah ya. Saya sudah berumur 75 tahun tahun ini dan akan sampai tiba masa anda perlu turun daripada jawatan apabila sudah sampai tiba masanya dan Tuhan sudah tidak mengizinkan saya lagi," jelasnya.

Mengenai pencalonan Sultan Ahmad Shah untuk menjadi Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Blatter itu yakin Presiden FAM itu mampu menang dalam pemilihan akan datang.

''Saya memberikan sokongan kepada Sultan Ahmad Shah agar dia mampu menang dalam pemilihan tersebut," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.