saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 19/03/2011

Razak runding lebih 2 jam


ABDUL RAZAK MOHD. YUSOFF


KETIKA itu, beliau mengetuai Skuadron C yang terlibat dalam Ops Subuh dalam menumpaskan kumpulan Al-M'unah di atas Bukit Jenalik pada subuh 6 Julai 2000.

Pasukan yang terdiri daripada dua pegawai dan 18 anggota itu mula memasuki kawasan musuh dan berjaya bertemu dengan Mohd. Amin Mohd. Razali, ketua kumpulan tersebut.

Rundingan lebih dua jam itu diselangi dengan debat, ayat-ayat al-Quran dan memujuk supaya ahli kumpulan itu menyerah diri kepada pihak berkuasa.

"Salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut bekas anggota komando yang kebetulan sama dengan unit saya.

"Ketua kumpulan, Mohd. Amin telah keluar dalam majalah seni bela diri yang secara kebetulan cerita mengenai saya juga ada bersebelahan muka surat dalam majalah tersebut," katanya yang bergiat aktif dalam dunia persilatan.

Kemungkinan perkara itulah menyebabkan beliau lebih mudah berkomunikasi dan berunding dengan kumpulan tersebut.

Itu antara pengalaman Deputi Supritendan Abdul Razak Mohd. Yusoff, salah seorang anggota polis yang terlibat membantu menumpaskan anggota Al-Ma'unah itu.

Setelah berakhirnya peristiwa itu, beliau pernah kembali ke kawasan itu beberapa kali. Ia bagi membantu pihak media dan produksi menghasilkan dokumentari.

Kejadian itu banyak mengajarnya tentang kekuatan dan ketegasan dalam menjalankan tugas terutama dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan negara yang tercinta.

"Sebelum operasi, saya akan banyak beribadat, berzikir dan berdoa agar segala apa yang dilakukan mendapat petunjuk daripada Allah SWT," katanya yang mengaku sukar tidur sebelum menyertai sesuatu operasi.

Beliau yang kini Timbalan Pegawai Turus 69 Komando Pasukan Gerakan Khas tidak lagi menyertai sebarang operasi.

Beliau turut menukilkan puisi selepas dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) selepas kejayaan pasukan keselamatan menumpaskan kumpulan Al-Ma'unah.

Sajak berjudul Bagi mereka yang ingin bergelar pahlawan itu nasihat kepada mereka yang mahu menjadi seorang yang berjasa kepada negara, bangsa dan agamanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.