saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 19/03/2011

Nik Aziz perlu pujuk Anwar serah sampel DNA kebenaran

KUALA LUMPUR 18 Mac - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) memujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah.

Pengarah Kebangsaan JMM, Noorizawati Ahmad Zulkifli berkata, jika Nik Abdul Aziz betul-betul berpolitik berpandukan agama, sudah pasti beliau mahukan kebenaran tanpa mengira kesan atau akibat politik yang akan timbul daripada penyerahan sampel DNA Anwar.

''Jika Nik Abdul Aziz enggan mendesak Anwar, maka ternyata beliau tidak berpandukan agama apabila sesuatu perkara itu tidak memberi keuntungan politik kepadanya.

''Maka tidak salah jika rakyat Malaysia menganggap Nik Abdul Aziz sama taraf dengan Ayah Pin.

''Satu (Nik Aziz), guna agama untuk nafsu politik dan satu lagi (Ayah Pin) untuk nafsu seks,'' katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, tambah Noorizawati, jika Nik Aziz enggan mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA, maka gelaran rasmi 'Ayah Nik' harus diberikan kepada Menteri Besar Kelantan itu.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terus mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah bagi menyelesaikan kes liwatnya jika beliau benar-benar tidak melakukan sebarang kesalahan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.