saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/03/2011

Persandingan pemenang kedua Gerbang Cinta musim kedua berlangsung meriah


MAJLIS persandingan pemenang kedua Gerbang Cinta musim kedua, Farid Fikri Shukri dan Nur Natalia Ku Yusof di Kampung Pengantin, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 20 Mac - Pemenang kedua Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia musim kedua, pasangan Farid Fikri Shukri, 26, dan Nur Natalia Ku Yusof, 21, dirai penuh meriah pada majlis persandingan yang berlangsung di Kampung Pengantin, Setapak di sini malam ini.

Dihadiri oleh lebih 1,000 tetamu, majlis berkonsepkan ala taman itu dimulakan dengan perarakan masuk mempelai ke pentas utama.

Turut menyerikan majlis tersebut ialah Penolong Ketua Pengarang 2 Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid, Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Khalid Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Md. Isa Abu Khasim.

Menerusi kemenangan tersebut, pasangan yang bernikah pada 5 Mac itu bukan sahaja memenangi pakej perkahwinan bernilai RM80,000 tetapi turut menerima wang tunai RM3,000 dan hamper daripada Avon.

"Alhamdulillah, persandingan kami pada malam ini berjalan dengan lancar. Inilah yang kami tunggu-tunggu selama ini untuk meraikan hari bahagia bersama keluarga dan rakan-rakan," kata Farid.

Turut hadir ialah pemenang tempat pertama, Mohd. Danial Hasan Basri dan Nurul Illiyana Nur Zaini, masing-masing berusia 24 tahun.

Farid dan Nur Natalia merupakan antara pemenang bertuah bagi peraduan disertai oleh 10,000 peserta sejak Ogos tahun lalu yang menawarkan penajaan pakej perkahwinan bernilai RM300,000, wang tunai dan hamper.

Pakej perkahwinan tersebut meliputi sajian makanan yang ditaja oleh Mastar Catering (bagi pemenang kedua hingga keempat) dan Kampung Pengantin (pemenang pertama dan kedua); Precious Moment (pelamin dan hiasan dewan) dan Afidah Khamis Makeup and Stuff bagi solekan dan andaman.

Dios Astana Bridal pula menaja busana pengantin, D'Sayang Entertainment (sistem pembesar suara), Motion Peektures (fotografi), CJ Print (kad kahwin) dan Sri Sutera Travel (pakej bulan madu).

Avon Cosmetics pula merupakan penaja utama selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Syokkahwin.com dan Utusan Online.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.