saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/03/2011

Mizz Nina menghitung hari bahagia

TANGGAL 1 Julai nanti akan termeterai cinta dua hati di antara Mizz Nina dan Mohammad Noh Salleh atau Noh Hujan apabila mereka diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri dan akan melayari bahtera rumah tangga.

Segala persiapan menjelang hari bahagia Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 31, berjalan lancar.

Sebagai anak seorang tokoh korporat dalam institusi perbankan, tidak hairanlah jika majlis resepsi diadakan dua kali secara berasingan.

Itu mungkin untuk memastikan tidak ada yang berkecil hati jika tidak mendapat undangan ke majlis bersejarah dalam hidup Mizz Nina dan bakal suaminya itu.

Pada hari berlangsungnya pernikahan yang diadakan di kediaman Tan Sri Azman Hashim di Ampang, Selangor, majlis diadakan secara tertutup iaitu hanya dihadiri oleh kaum keluarga, sanak saudara dan klien yang diundang sahaja.

Bagaimanapun, kata Mizz Nina, pihak media akan diberikan gambar sekitar majlis pernikahannya nanti.

Persiapan majlis pernikahan yang diceritakan oleh Mizz Nina yang popular menerusi single pertamanya, What You Waiting For memberikan gambaran bahawa majlis itu akan berlangsung dalam suasana meriah, unik lagi mahal.

Tidak seperti kebanyakan artis yang impikan majlis dalam taman, Mizz Nina pula akan berjalan di atas jambatan yang dibina merentasi kolam renang di kediaman keluarganya.

Di tengah-tengah jambatan itu nanti, kata Mizz Nina, akan tertera namanya dan Noh manakala hiasannya pula bercirikan gabungan Melayu dan moden.

Namun apabila ditanya berapakah anggaran kos keseluruhan majlisnya nanti, katanya, “private and confidential (rahsia).”

“Untuk majlis itu, saya akan mengenakan pakaian elegan berwarna ungu dan perak iaitu gabungan tradisi Melayu.

“Ia rekaan Lady Jane untuk disesuaikan dengan tema vintaj hitam putih,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan plak daripada syarikat telekomunikasi, Maxis di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, di sini baru-baru ini.

Majlis tersebut diadakan kerana lagu What You Waiting For berjaya mencatat capaian muat turun sebanyak 600,000 bagi kategori lagu Inggeris tempatan pada tahun lalu.

Turut hadir, Pengarah Pengurusan Digital Trinity Entertainment, Rahul Kukreja, Pengarah Operasinya, Kok Wing Meng dan Pengurus Muzik dan Rakan Kongsi Maxis, Melissa Chai.

Dari riak wajahnya, penyanyi itu tidak dapat menghindari perasaan gembira dan berdebar apabila mengenangkan tarikh pernikahannya dengan vokalis kumpulan Hujan yang semakin hampir.

Katanya, dia tidak suka menyerahkan segala urusan persiapan pernikahan dan majlis resepsi di tangan ibu bapanya.

“Saya akan rasa berkali ganda panik jika saya tidak ambil kisah tentang perkembangan persiapan majlis.

“Sekarang ini, walaupun sibuk dengan karier, saya masih tahu apakah perkembangan persiapan kerana setiap hari, akan ada penerangan daripada pasukan bertugas.

“Setakat ini 40 peratus persiapan majlis ini berjalan lancar. Baju nikah dan bersanding dari butik Lady Jane sudah siap. Selain itu lokasi pun sudah pasti. Sekarang ini tunggu untuk edarkan kad undangan sahaja,” katanya yang seolah menarik nafas lega.

Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 6 November tahun lalu memilih tarikh lahir Mizz Nina sebagai tarikh untuk dinikahkan.

Bercerita lanjut mengenai majlis resepsi selepas dinikahkan, kata Mizz Nina, pada 3 Julai nanti, satu majlis akan berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Katanya, jemputan ke majlis itu nanti dianggarkan kira-kira 800 tetamu yang terdiri daripada kalangan keluarga dan klien ayahnya.

Sementara itu, pada 6 Julai, satu lagi majlis akan diadakan di Hotel Doubletree by Hilton, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Katanya lagi, majlis pada 6 Julai nanti berkonsepkan budaya Jepun.

“Saya dan Noh memang suka budaya dan muzik Jepun. Penyambut tetamu wanita dan lelaki pada hari itu akan mengenakan kimono dan berpakaian ala Ninja.

“Untuk majlis yang dihadiri oleh pihak media dan rakan-rakan, saya turut mengundang kumpulan muzik dari Indonesia untuk mengadakan persembahan,” katanya.

Seterusnya, majlis resepsi akan diadakan di sebelah pihak lelaki pada 15 Julai, di Miri, Sarawak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.