saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 21/03/2011

Saya tidak bermusuh dengan Hoy - Azizul

KUALA LUMPUR - Juara Olimpik, Chris Hoy dikatakan tidak menyenangi cara kayuhan Azizulhasni Awang didakwa punca insiden pelumba negara itu terlibat dalam kemalangan sehinggakan kakinya tertusuk serpihan kayu.

Hoy merujuk kemalangan yang berlaku pada Kejohanan Siri Piala Dunia Klasik bulan lalu.

Senario itu seolah-olah menunjukkan kedua-dua pelumba itu bermusuh yang berlarutan sehingga di luar gelanggang.

Bagaimanapun, Azizulhasni, 23, menafikan perseteruan mereka tidak sampai ke tahap itu, sebaliknya mereka saling menyapa antara satu sama lain sebelum atau selepas perlumbaan.

Menurut Azizulhasni, Hoy bukan seorang pelumba yang ego seperti yang disangkakan, sebaliknya pelumba kelahiran Scotland itu seorang yang menghormati lawannya walaupun kenyataannya di media menunjukkan dia tidak begitu mesra.

"Saya tidak bermusuh dengannya langsung, sebaliknya perseteruan kami hanya di gelanggang dan ketika perlumbaan, masing-masing mempunyai misi untuk menewaskan antara satu sama lain," katanya kepada Utusan Malaysia pada sesi interaksi bersama peminat di Utusan Online, semalam.

Jelasnya, semua pelumba mempunyai ego yang tersendiri semasa atas trek, bukan hanya mereka berdua sahaja, perlumbaan keirin lebih terbuka dan masing-masing memerlukan perwatakan sendiri.

"Suasana memang tegang ketika semua orang ingin memulakan perlumbaan, begitu juga ketika persediaan, mungkin kerana pelumba memerlukan fokus yang menyeluruh terutama sekali dalam perlumbaan penting seperti Kejohanan Trek Dunia, Sukan Olimpik mahupun Sukan Asia dan Sukan Komanwel.

"Apabila dalam perlumbaan yang kelasnya sedikit rendah seperti Grand Prix hubungan antara setiap pelumba tidak terlalu tegang, semuanya nampak seperti mesra tetapi apa yang saya ingin tegaskan Hoy memang seorang pelumba hebat," ujarnya.

Bagaimanapun, jauh di sudut hati pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu, dia memang 'berdendam' untuk menumbangkan Hoy selepas tewas dalam Kejohanan Dunia tahun lepas dan sekadar memenangi pingat perak.

"Siapa yang tidak iri hati melihat lawan asyik selalu menang, tetapi saya memang berharap mampu untuk menewaskannya di London 2012," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.