saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 21/03/2011

Landasan terbaik: Pengasas bersama UBF sertai UPKO

21/03/2011 4:12pm

PENAMPANG 21 Mac - Pengasas bersama pertubuhan bukan kerajaan yang baru ditubuhkan United Borneo Front (UBF) Nilakrisna James hari ini mengumumkan keputusannya untuk menyertai Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah.

Beliau mengemukakan permohonan keanggotaan kepada presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok di ibu pejabat UPKO di Donggongon, di sini.

Bercakap kepada pemberita, Nilakrisna berkata, UPKO di bawah gabungan BN, adalah landasan terbaik untuk beliau meneruskan Agenda Borneo yang dipromosikan oleh UBF.

"Ia adalah satu kewajaran untuk saya dengan UPKO, di mana asal usul akar umbi politik saya bermula. Kita hormati parti-parti di Sabah yang dipunyai oleh gabungan yang berasingan, kita masih mempunyai semangat persahabatan di kalangan ahli-ahli politik Sabah, kata beliau. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.