saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 21/03/2011

Program Antara Dua Garisan erat hubungan Malaysia-Indonesia


Mukhriz Tun Mahathir bersama Sahkyan Asmara (kiri) dan Azwanddin Hamzah pada pelancaran program penerbitan televisyen Hubungan Dua Hala Malaysia-Indonesia di Hotel De Palma, Ampang, Selangor, semalam.


KUALA LUMPUR 20 Mac - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini melancarkan Antara Dua Garisan yang merupakan program penerbitan televisyen hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata, program yang akan ditayangkan Jun ini itu akan mengupas secara terperinci tentang dasar-dasar negara melibatkan pembangunan ekonomi sejagat.

"Stesen televisyen TVRI dan Metro TV Indonesia telah bersetuju melaksanakan program Antara Dua Garisan INI.

"Sehingga kini, lapan timbalan menteri Malaysia dan Indonesia serta enam menteri dan tokoh negara Malaysia-Indonesia telah memberi komitmen untuk rancangan ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program itu oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir di sini malam ini.

Program selama 30 minit yang akan memulakan penggambaran bermula esok itu dijayakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia-Indonesia dan bakal disiarkan selama 12 bulan di stesen televisyen yang terpilih di kedua-dua belah negara.

Siri pertama program Antara Dua Garisan akan menyiarkan wawancara membabitkan menteri dan ketua menteri dari Malaysia serta temu bual rakyat kedua-dua negara mengenai sesuatu isu.

Azwanddin berkata, diharap program itu dapat memberi penjelasan yang lebih tepat mengenai sesuatu perkara khususnya isu sensitif yang sebelum ini rakyat disogok dengan maklumat negatif oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Sakhyan Asmara berkata, Indonesia menyambut baik program itu kerana ia bertujuan mengukuhkan hubungan yang sedia terjalin antara Malaysia-Indonesia.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab bersama kepada rakyat kedua-dua negara untuk mengeratkan hubungan Malaysia-Indonesia yang diibaratkan sebagai abang dan adik.

"Kita mempunyai banyak persamaan budaya dan masalah yang dihadapi itu boleh diselesaikan supaya kita dapat terus berdampingan untuk selamanya," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.