saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 22/03/2011

Magendran masih daki, Mohandas backpacker


M. MAGENDRAN masih menyimpan potret yang mengimbas semula kenangan bersama N. Mohandas setelah berjaya menawan puncak Gunung Everest pada tahun 1997 ketika ditemui di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini. – utusan/Hafiz Johari


BERITA mengenai seorang ‘sherpa’ mati akibat terjatuh ketika membantu sekumpulan pendaki negara dalam misi menawan Gunung Everest amat mendebarkan seluruh rakyat Malaysia.

Berikutan berita yang mendapat liputan meluas itu, timbul rasa ragu dan bimbang tentang keselamatan mereka. Wujud juga tanggapan bahawa usaha untuk menawan puncak tertinggi dunia terbabit tentu akan menemui kegagalan.

Namun, kecekalan dan kegigihan dua anak Malaysia ini telah membuktikan tiada apa yang mustahil untuk dicapai jika ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat jitu.

Segalanya berakhir dengan kegembiraan. Pada 23 Mei 1997, tepat pukul 12.55 tengah hari waktu Nepal, dua pendaki negara telah mencipta rekod menjadi rakyat Malaysia pertama menawan pucak setinggi 8,848 meter tersebut.

Mereka ialah Datuk M. Magendran yang tiba di puncak Everest sebelum Datuk N. Mohandas menyusul kira-kira 15 minit kemudian.

Kini, setelah 14 tahun berlalu, masing-masing membawa haluan sendiri dalam meneruskan kehidupan seharian.

Jika sebelum mencipta kegemilangan, Magendran bertugas sebagai seorang guru di Klang, Selangor hari ini, beliau adalah Pengurus Sukan Cawangan Elit di Bahagian Persediaan Atlet bersama Majlis Sukan Negara (MSN).

Tugas beliau di MSN meliputi penyediaan atlet olahraga dalam menghadapi temasya sukan besar seperti Sukan SEA, Asia, Komanwel dan Olimpik.

Sebagai penggemar sukan, Magendran tidak lari daripada aktiviti luar terutama mendaki gunung walaupun telah mencecah usia 47 tahun.

Setiap tahun, beliau akan mendaki Gunung Kinabalu bersama-sama pelajar sekolah atau pihak tertentu yang ingin turut menyertainya.

“Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu dilakukan setiap Ogos sempena ulang tahun kemerdekaan negara.

“Saya akan pastikan berada di puncak gunung itu pada detik tersebut,” katanya yang menggelarkan pendakian itu ‘Pendakian Merdeka.’

Menurutnya, pendakian bersama pelajar sekolah adalah sesuatu yang amat menyeronokkan.

“Di samping dapat membina kekuatan stamina serta mencapai misi ke puncak, mereka juga didedahkan dengan semangat cintakan alam semula jadi,” ujar bapa kepada tiga anak ini lagi.

Sementara itu, Mohandas pula mementingkan kecergasan walaupun usianya kini telah mencecah 50 tahun.

“Saya masih aktif dengan kegiatan luar seperti tracking dan berjoging sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

“Ia amat penting bagi mengekalkan stamina dan kesihatan di samping merapatkan hubungan keluarga apabila ia dilakukan bersama,” katanya yang masih berkhidmat di Shell Malaysia sebagai Pengurus Akaun.

Menurut Mohandas, antara aktiviti yang menjadi kegemarannya kini adalah melancong ke luar negara secara backpacker.

Katanya, dengan cara itu, beliau dapat mengenali budaya, sikap dan sosioekonomi sesebuah masyarakat dengan lebih dekat di samping menimba pengalaman-pengalaman baru.

“Melancong memberi pengalaman yang tidak dapat dipelajari daripada sesiapa juga, jika tidak mengalaminya sendiri,’’ ujar beliau.

Magendran dan Mohandas turut memberi tip-tip kepada mereka yang ingin berjaya.

Menurut mereka, setiap orang perlu mempunyai matlamat yang kukuh serta yakin pada diri sendiri.

Di samping itu juga kata beliau, mereka mesti memberi komitmen yang tinggi dan tidak melakukannya secara sambil lewa.

“Paling penting, usaha dilakukan perlu konsisten,” ujar mereka yang dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, Julai lalu.

- MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.