saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 22/03/2011

Ibu lapan anak juara Pencarian Model Fareeda 2011


Suhaili Mohamad (tiga dari kiri) dan Dr. Normazila Muhammad (tiga dari kanan) bersama pemenang lain pada program pencarian model tudung Fareeda di Shah Alam, kelmarin.


SHAH ALAM 21 Mac – Seorang ibu yang mempunyai lapan orang anak muncul sebagai juara Pencarian Model Fareeda 2011 yang berlangsung di Plaza Shah Alam di sini semalam.

Dr. Normazila Muhammad, 46, yang bertugas di sebuah hospital swasta di ibu negara, menewaskan empat peserta akhir pertandingan bagi kategori 40 tahun ke atas anjuran Fareeda dan Kosmo!

Menurut Normazila, dia tidak menyangka akan terpilih sebagai juara sekali gus menjadi model tudung Fareeda memandangkan ia merupakan kali pertama dia menyertai pertandingan seumpama itu.

Sebelum ini katanya, dia pernah menjadi ‘duta’ tidak rasmi tudung Fareeda kerana sering ditanya mengenai keunikan rekaan tudung tersebut yang dipakainya ketika bertugas di hospital, mahu pun ketika berkunjung ke luar negara.

“Saya tidak sangka kini saya terpilih sebagai model dan pastinya saya akan membantu mempromosikan tudung Fareeda.

“Terima kasih kepada suami dan anak-anak yang banyak membantu memberi sokongan moral termasuk memilih kostum sehingga saya terpilih menjadi juara,” kata isteri kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan itu.

Normazila membawa pulang wang tunai RM1,000, lima helai tudung Fareeda, lima baucar diskaun barangan Fareeda dan trofi.

Tempat kedua kategori 40 tahun ke atas dimenangi oleh Marsita Ali, 45, dan Norhaslina Hashim, 44, (ketiga).

Sementara itu, pelajar Sarjana Sains di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Suhaili Mohamad, 24, dipilih sebagai juara kategori umur di bawah 40 tahun.

Suhaila yang merupakan isteri seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengalahkan 24 peserta lain, sekali gus terpilih sebagai model tudung Fareeda 2011.

“Mungkin hari ini rezeki saya jadi juara kerana hanya berpakaian sederhana dan memberi tumpuan hiasan kepada tudung,” katanya yang membawa pulang wang tunai RM3,000, 10 helai tudung, 10 baucar diskaun barangan Fareeda dan trofi.

Tempat kedua kategori 40 tahun ke bawah dimenangi Farah Najwa Zulkifly, 24, Anifah Wahab, 20, (tempat ketiga) dan Noor Sahida Sabri, 24, (pemenang kategori fotogenik).

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.