saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/03/2011

Rayuan Hari Pahlawan kutip RM6.3j tahun lalu

KOTA BHARU 24 Mac - Buat pertama kali sejak dilancarkan pada 1961, tabung Rayuan Hari Pahlawan berjaya mengumpul kutipan tertinggi sebanyak RM6.3 juta tahun lalu, berbanding kebiasaannya sekitar RM2 juta.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, kejayaan itu hasil komitmen dan inisiatif bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan PBTM sendiri.

"PBTM menghargai peranan utama Menteri Pertahanan dalam mengumpul jumlah besar kutipan Rayuan Hari Pahlawan dan pada tahun ini program itu akan dimulakan pada Julai ini.

"Sokongan pelbagai pihak dalam menyalurkan sumbangan kepada Rayuan Hari Pahlawan dapat membantu bekas tentera yang memerlukan bantuan," katanya selepas menyampaikan sumbangan kerusi roda dan wang tunai kepada seorang bekas tentera di rumahnya di Kampung Huda dekat sini, hari ini.

Muhammad Ghani memberitahu, sumbangan itu bukti keprihatinan PBTM dengan nasib bekas tentera yang memerlukan bantuan.

Beliau berkata, selain bantuan yang disalurkan oleh PBTM, bekas tentera turut mendapat pembelaan daripada JHEV di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sementara itu, bekas tentera, Che Man Che Hassan, 67, berkata, dia berterima kasih dan bersyukur di atas sumbangan kerusi roda tersebut.

Dia yang berkhidmat selama 16 tahun dalam bidang ketenteraan sejak 1959 hingga 1975, lumpuh selepas terjatuh ketika hendak ke bilik air di rumahnya pada 20 Februari lalu.

Berikutan itu, dia terpaksa dipapah oleh isterinya, Rubiah Latiff, 63, untuk bergerak di dalam dan luar rumah.

"Dengan adanya kerusi roda ini, ia memudahkan saya bergerak di dalam dan luar rumah. Sumbangan ini membuktikan PBTM prihatin dengan keadaan saya yang lumpuh kaki dan tangan kiri," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.