saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 25/03/2011

Galeri Seni Johor suram?


PEMANDANGAN bahagian depan bangunan Galeri Seni Johor yang kelihatan suram.


JOHOR BAHRU 24 Mac – Galeri Seni Johor yang tersergam indah di atas bukit di tepi Lebuh Raya Stulang dan menjadi salah satu mercu tanda di negeri ini sepatutnya menjadi tumpuan terutama kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Entah mengapa, bangunan yang mempamerkan pelbagai hasil lukisan dan karya seni tempatan yang seharusnya dikagumi dan sewajarnya diangkat sebagai satu produk pelancongan kini kelihatan ‘sunyi’.

Malah, galeri yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kediaman rasmi Menteri Besar Johor Ketiga, Datuk Abdullah Jaafar itu kelihatan suram dan kurang mendapat sambutan sejak dibuka pada 2004 walaupun tanpa sebarang bayaran masuk dikenakan.

Rumah atas bukit yang pernah dijadikan markas tentera Jepun itu hanya meriah dengan kehadiran orang ramai pada masa tertentu sahaja terutama apabila terdapat majlis atau program yang dianjurkan di pekarangan tempat tersebut.

Bagaimanapun, Kurator Galeri Seni Johor, Nor Alisa Abd. Rahman mempunyai alasan tersendiri kepada persoalan tersebut.

“Galeri seni biasanya dikunjungi mereka yang betul-betul meminati seni, berbeza dengan muzium yang mempunyai nilai sejarah dan disebabkan itu ramai orang suka ke muzium.

“Namun, pada masa sama kita sentiasa mempergiatkan pelbagai program di galeri untuk menarik orang ramai mengunjungi tempat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Nor Alisa memberitahu, sepanjang tahun lalu, seramai 6,754 orang mengunjungi galeri tersebut dan jumlah tertinggi dicatatkan pada Oktober iaitu 2,259 orang.

Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak tiga program dianjurkan iaitu Pameran Kurnia Cipta 2010, Pertandingan Melukis Rumah Limas Johor 2010 dan Pameran Simfoni Warna 2010.

Menurutnya, aktiviti yang dijalankan di muzium tersebut lebih menjurus kepada pameran hasil seni lukis dan kraf tangan oleh pelbagai pihak mengikut tema tersendiri setiap dua bulan sekali.

Antaranya, pameran oleh anak jati Johor, tekstil dan rekaan fesyen, sejarah dan koleksi seni Balai Seni Lukis Negara selain sambutan Hari Muzium peringkat negeri.

Nor Alisa yang mula bertugas sebagai kurator sejak 2005 memberitahu, kini pihaknya mengadakan pameran dikenali Foto Bandar Raya Johor Bahru Dahulu dan Kini selama dua bulan bermula 10 Mac lalu hingga Mei ini.

“Pada pameran ini kita memaparkan foto-foto sekitar bandar raya ini yang diambil oleh jurugambar tempatan dan diletakkan bersama koleksi galeri gambar lama tempat yang diambil,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.