saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 25/03/2011

Pusat urut gay diserbu polis


Sebuah buku memaparkan gambar lelaki bogel turut dirampas ketika polis menyerbu sebuah pusat urut tanpa lesen yang menawarkan khidmat gay di Pulau Tikus, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 24 Mac - Sebuah pusat urut yang menawarkan khidmat seks kepada golongan gay di Pulau Tikus di sini terkenal di peringkat antarabangsa apabila tersenarai dalam sebuah majalah gay yang berpangkalan di Singapura.

Kegiatan itu terbongkar hasil serbuan yang dijalankan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut tengah malam tadi di premis yang terletak di tingkat dua sebuah pusat beli-belah itu.

Ketika serbuan, pasukan D7 yang diketuai Asisten Komisioner Fauzi Mohd. Yusof menemui majalah itu yang diberi nama 'Pluto' mengandungi gambar lelaki beraksi lucah serta lokasi pusat urut gay di seluruh Asia.

Premis itu juga diawasi menggunakan kamera litar tertutup dan pelanggan hanya dibenarkan masuk menggunakan kod laluan yang boleh didapati dengan menghubungi nombor telefon yang tertera di pintu masuk premis itu.

Terdapat tiga bilik yang dilengkapi tilam kecil disediakan di premis terbabit selain bilik rehat pekerja, stor dan tandas serta disediakan alat senaman untuk kemudahan pelanggan

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya bertindak atas maklumat orang awam dan terpaksa menunggu beberapa jam sebelum dapat masuk ke premis terbabit.

Menurutnya, ketika serbuan, terdapat dua lelaki dipercayai pelanggan sedang mendapatkan perkhidmatan urut daripada dua pekerja lelaki di pusat itu sambil diawasi oleh seorang lagi lelaki yang dipercayai penyelia pusat terbabit.

"Polis merampas dua keping kondom, sebotol pelembap tangan jenama Nivea, sebotol minyak untuk urut, satu botol plastik berisi krim putih, dua helai tuala serta dua naskhah majalah, Pluto.

"Kesemua mereka yang berusia antara 28 hingga 33 tahun dibawa ke IPD Timur Laut untuk diambil keterangan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 377B(b) Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.