DALAM NEGERI
ARKIB : 26/03/2011
Pelan Strategik 5 Tahun Kedua PDRM dilancar
KUALA LUMPUR 25 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan Pelan Strategik Lima Tahun Kedua (PS5T-II) sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-204 yang diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di sini hari ini.
Seiring dengan era transformasi, pelan strategik itu akan bermula tahun ini sehingga 2015 berikutan pelan strategik pertama yang akan berakhir bulan depan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, PS5T-II dirangka bagi menepati fungsi sebagai landasan transformasi PDRM melalui amalan budaya kerja yang cemerlang.
"Asas pelan ini disusun adalah untuk mengukuhkan integriti setiap anggota yang berkhidmat dengan PDRM.
"Ia juga bagi memastikan PDRM kekal sebagai agensi peneraju dalam penguatkuasaan undang-undang dalam menjadikan Malaysia negara selamat, aman dan sejahtera," katanya dalam ucapan sempena sambutan Peringatan Hari Polis yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
PS5T-II dirangka berdasarkan amalan budaya kerja warga PDRM menerusi konsep 4P iaitu pelindung, proaktif, penumpuan pada masyarakat dan prestasi.
Sementara itu, sambutan Peringatan Hari Polis telah diraikan serentak di seluruh negara hari ini, dan di Pulapol, Hishammuddin diberi penghormatan untuk melakukan pemeriksaan kawalan kehormat.
Antara mereka yang menerima penghargaan sempena sambutan ini adalah Fellow Amat Utama Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Muhammad Uthman El Muhammady dan Ketua Pusat Jantung dan Paru-Paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Ramzisham Abdul Rahman.
Selain itu, Inspektor Mohd. Shaifuddin Zulkifli Jaya dan Inspektor V. Mohana dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang menerima penghargaan setelah menolak dan melaporkan rasuah RM100,000 September lalu.
Malaysia berhasrat duduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO
ASEAN bentuk pasaran bersepadu tahun depan
UNSC: Najib garis 5 keutamaan
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
Kerajaan Persekutuan tidak abaikan PBT
Kekalkan hubungan baik
Malaysia akan promosi prinsip kesederhanaan
UNSC: Amanah selesaikan kemelut ummah di seluruh dunia, tangkis Islamofobia
Negara galas tanggungjawab besar, berat di pentas global - Razali
Bangunan sekolah rosak teruk
Kanakkanak ditemui berkeliaran
Matlamat gerakan ISIS tidak jelas, wajar dijauhi
SOSMA tidak mampu kekang kumpulan militan IS
Kerajaan jangan tunduk
Tubuh Institut Minda Guam - SukaGuam
2 juta penerima BR1M tiada akaun
Menara Mara dicadang tapak jualan
Bahasa Melayu perlu mekanisme baharu
DBP-PBT jalin kerjasama baiki bahasa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












