saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 29/03/2011

Uniknya Masjid Kampung Hulu


RUANG dalam Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir mempunyai seni bina yang begitu indah, klasik dan masih kukuh hingga ke hari ini.


MELAKA 28 Mac - Melaka cukup dikenali sebagai negeri yang mempunyai banyak peninggalan warisan sejarah yang mesti dipertahankan dan dipulihara untuk rujukan generasi sekarang dan akan datang, selain menjadi tarikan pelancongan ke negeri ini.

Di negeri ini, tersimpan pelbagai cerita sejarah, peninggalan dan warisan yang menjadikan negeri ini sebagai pusat rujukan seni dan sastera Melayu moden negara selain pusat pelancongan terkenal terutama bagi mereka yang ingin melihat pelbagai kesan sejarah sejak zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris.

Dengan kata lain, mereka yang berkunjung ke 'negeri Hang Tuah' ini memang terasa akan suasana bersejarah terutamanya apabila melihat bangunan dan rumah lama serta landskap di sekitar Banda Hilir.

Kota A'Famosa, Bastion House, bangunan merah peninggalan penjajah seperti Stadhuys, turut menjadi perhatian ialah 44 rumah tradisonal yang dikenal pasti sebagai warisan sejarah negeri, lebih 300 masjid lama yang masih kukuh serta pelbagai artifak sejarah yang kebanyakannya tersimpan di muzium-muzium.

Salah satu yang berjaya mencuri perhatian pelancong daripada seluruh dunia ialah masjid-masjid lama dan bersejarah ada di antaranya berusia lebih 100 tahun.

Terdapat kira-kira 54 buah masjid lama yang dibina pada zaman penjajahan, menjadi perhatian kerana ia mempunyai seni bina yang begitu indah, klasik dan masih kukuh hingga hari ini.

Bagi memastikan masjid-masjid ini terus kekal menjadi perhatian pelancong, kerajaan negeri telah mengambil langkah untuk mewartakannya sebagai bangunan warisan sejarah.

Salah satu masjid yang sering diperkatakan ialah Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir. Masjid Kampung Hulu adalah kedua tertua di negeri ini selepas masjid Peringgit. Berusia kira-kira 300 tahun apabila ia mula dibina pada 1728 Masihi.

Masjid ini dipercayai dibina oleh Datuk Arom atau Harun iaitu seorang pendatang dari China yang memeluk Islam.

Masjid ini juga dipercayai dibina pada zaman pemerintahan Belanda dan telah diubah suai dengan binaan batu konkrit pada 1892.

Selain daripada keunikan reka bentuknya, masjid ini menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh negara kerana mengambil air kolahnya bagi dijadikan penawar penyakit yang tidak dapat dirawati doktor perubatan.

Hampir setiap hari ada sahaja orang ramai yang berkunjung ke masjid ini sama ada membawa botol kecil atau besar untuk mengambil air daripada kolah tersebut.

Biarpun sudah menjangkau usia yang agak panjang namun struktur masjid ini yang boleh memuatkan 270 jemaah pada satu-satu masa dilihat masih utuh.

Difahamkan beberapa pengubahsuaian terhadap masjid ini dengan mengekalkan struktur asal apabila atap nipah yang digunakan pada awal pembukaannya telah ditukar dengan atap genting.

Menjejakkan kaki buat pertama kali ke masjid ini sudah pasti anda akan terpegun dengan ukiran dan ciri-ciri seni binanya yang menggabungkan ukiran daripada China dan Aceh.

Ini dapat dilihat pada kubahnya yang memiliki gaya seperti Pagoda dan tiang-tiang bulat pula datang dari China.

Kelainan seni bina masjid lama di negeri ini jika dibandingkan dengan masjid di negeri-negeri lain adalah terletak pada tiga lapisan bumbungnya yang diperbuat daripada tanah liat dan sebuah menara batu yang berbentuk seperti kubu, namun sebenarnya berfungsi sebagai tempat laungan azan.

Masjid ini juga mempunyai empat tiang seri yang menjadi pendokong kepada bumbung dan lantai masjid.

Berdasarkan kajian oleh beberapa penyelidik Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), masyarakat Melayu di negeri ini suatu masa dahulu mempunyai kepercayaan tersendiri iaitu setiap lapisan bumbung masjid di negeri ini mempunyai maksud tertentu dan mempunyai hubungan antara satu sama lain.

Dalam pada itu, bahan binaan pada bahagian dinding masjid juga dipercayai diperbuat daripada campuran putih telur dan pasir serta batu granit.

Pada pintu depannya pula terdapat sebuah gendang lama serta dua buah meriam lama terletak berhampiran kaki tangga memasuki masjid tersebut.

Mimbarnya masih mengekalkan bentuk yang lama dan dapat dilihat struktur binaan yang agak lama tetapi masih mampu bertahan.

Di luar kawasan masjid ini terdapat makam Habib Abdullah Abu Bakar Al-Hadar, seorang pendakwah dari Yemen dan makam tersebut dipercayai berusia lebih 100 tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.