saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/03/2011

Jumlah pinjaman Tabung Usahawan Siswazah dinaikkan

PUTRAJAYA 28 Mac - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menaikkan jumlah pinjaman Tabung Usahawan Siswazah (TUS) dari RM250,000 kepada RM500,000 untuk menggalakkan lebih ramai lulusan institusi pengajian tinggi menceburi bidang keusahawanan.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, di bawah syarat pinjaman yang baru, siswazah juga berpeluang memperoleh pembiayaan sehingga RM750,000 bagi pengambilalihan syarikat.

''TUS turut menyediakan tempoh kelonggaran sehingga 48 bulan kepada usahawan berkenaan berbanding 24 bulan sebelum in manakala tempoh pembiayaan untuk bangunan dan premis perniagaan adalah sehingga 20 tahun.

''Umur kelayakan pemohon pula dinaikkan daripada 35 tahun kepada 40 tahun, pemohon perlu tamat pengajian tidak melebihi 15 tahun," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Cabaran Usahawan Muda 1Malaysia di Menara Usahawan di sini hari ini.

Teks ucapan Mustapa dibacakan oleh timbalan beliau, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mengulas mengenai syarat pinjaman TUS, Mukhriz berkata, perubahan tersebut dilakukan bagi menggalakkan lebih ramai siswazah meminjam dan menceburi bidang keusahawanan.

''Sebelum ini, jumlah peminjam TUS adalah kurang memberangsangkan kerana syarat pinjaman yang kurang praktikal," katanya.

Tambah beliau, TUS menyediakan pinjaman mudah dengan kadar faedah sekitar dua hingga empat peratus.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.