saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/04/2011

Pak Uda, Opie sama-sama suka pancing


Umpan untuk ikan di kolam berbeza dengan ikan di lautan.


Pelakon yang sinonim dengan watak Pak Uda dari sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu hingga hari ini memberitahu, minat memancing bermula sejak muda dan pada mulanya beliau gemar memancing di kolam ikan.

Bagaimanapun keterujaan memancing disertakan dengan skil yang ada, beliau kini memilih laut sebagai tempat melontar joran.

"Pantang ada cuti berlakon, Pak Uda akan pergi memancing ke laut di persekitaran Pulau Indah, Pulau Sembilan atau Pulau Ketam. Pak Uda pernah pergi memancing sampai ke Setiawan, Perak.

"Selalunya Pak Uda bersama geng pancing, Aan, Cikgu, Talib dan Tapa. Kami akan sewa bot untuk tiga hari. Setiap seorang membayar kira-kira RM300 kepada tekong. Tekong ini tahu di mana ada ikan dan dia juga yang menyediakan segala kelengkapan makanan dan umpan," katanya.

Pak Uda yang ditemui di kolam ikan Bai-World, Bandar Tasik Puteri, Rawang, berkata, kumpulan pancingnya akan bergerak pada pukul 8.30 pagi dari jeti Kuala Selangor.

Turut menemani Pak Uda semasa memancing adalah anaknya, pelakon Opie dan cucunya, Alif Shah Saidi, 4 tahun.

Katanya, ketika memancing di lautan dan kekadang sehingga ke perairan antarabangsa, antara ikan yang ditangkap adalah ikan merah dan kerapu.

"Pak Uda pernah dapat ikan merah seberat lapan kilogram. Selalunya ikan-ikan tangkapan itu Pak Uda akan masak stim atau tiga rasa.

"Kalau banyak sangat barulah dijual. Selalunya kalau kami pergi tidak pernah hampa kerana setiap orang dapat habuan," ceritanya.

Ditanya apa seronoknya memancing, Pak Uda berkata, sebaik sahaja berada di lautan, segala masalah di daratan akan dilupakan.

Sebaik sahaja mata kail dibaling ke laut, yang ada di fikiran hanyalah ikan apa yang akan makan umpan dan besar mana ikan itu.

"Memancing ini sebenarnya mengajar kita bersabar. Sebab untuk mendapat seekor ikan paling cepat pun 15 minit dan paling lama satu jam.

"Pak Uda selalunya bawa empat batang pancing tapi guna satu sahaja sebab di lautan tidak menang tangan tangkap ikan. Kalau di kolam ikan, perlu pacak banyak pancing," katanya yang sering menggunakan umpan ikan hidup (gelama) dan udang.

Selain melatih individu menjadi penyabar, memancing juga boleh menjalin hubungan silaturrahim di kalangan kaki pancing.

Kata Pelakon Komedi Terbaik Festival Filem Malaysia ke-9 menerusi filem Mat Som, sebelum pergi memancing ke laut, perlu lihat keadaan air laut sama ada surut, mati atau pasang besar.

Kaki pancing tidak akan pergi memancing pada masa air pasang kerana berbahaya, waktu air surut hanya sesuai untuk tangkap udang dan ikan paling banyak apabila air surut.

Menurut Pak Uda, yang sering ditemani oleh anaknya, Ahmad Firdaus, 26, waktu mula-mula pergi memancing di laut, beliau tidak dapat menangkap walau seekor ikan pun kerana mabuk laut.

Namun kini setiap kali sebelum turun ke laut, Pak Uda akan mengamalkan petua, selawat tiga kali dan minum air laut tiga teguk untuk mengelak mabuk laut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.