saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 02/04/2011

Cara Norish menghibur anak-anak


NORISH Karman bersama tiga anaknya, (dari kiri) Muhammad Haqiem Armany, Nur Hanyz Amanda dan Muhammad Hardy Amieran.


BIARPUN sibuk meladeni kehidupan sebagai seorang aktres, bagi Norish Karman, 36, tiga orang anaknya iaitu Muhammad Haqiem Armany, 12; Muhammad Hardy Amieran, 8; dan Nur Hanyz Amanda, 7, merupakan harta yang cukup berharga baginya.

Atas alasan itu, kata Norish, dia tetap akan memperuntukkan masa untuk mereka sekurang-kurangnya dua hari seminggu dengan membawa anak-anaknya keluar berjalan-jalan selain berbincang mengenai masalah yang mereka hadapi.

Kata Norish, waktu yang selalu menjadi pilihannya adalah hujung minggu seandainya dia tidak sibuk pada hari-hari berkenaan.

“Saya melayan anak-anak saya seperti orang dewasa dan jika ada sebarang masalah, kami akan duduk berbincang dan mencari penyelesaiannya.

“Sibuk mana sekali pun saya di lokasi penggambaran, saya akan menetapkan waktu sehari suntuk agar saya dapat bersama dengan anak-anak saya.

“Pelbagai aktiviti yang kami lakukan antaranya menonton wayang, bermain roller blade dan juga beriadah di taman permainan dalaman seperti mana yang terdapat di kompleks membeli-belah," kata Norish ketika ditemui di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Sebelum itu, dalam sesi fotografi yang sama, Norish telah membawa anak-anaknya bermain roller blade di sebuah gelanggang yang terdapat di Bangsar, Kuala Lumpur.

Tiga anaknya itu merupakan hasil perkongsian Norish atau nama sebenarnya, Nor’asikin Karman dengan bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir yang dinikahinya pada 11 Januari 1998.

Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila mereka disahkan bercerai pada 15 Julai 2008.

Mengharungi liku-liku hidup sebagai seorang ibu tunggal sebenarnya bagi Norish membuatkan dia lebih kental dan bersemangat dengan adanya anak-anak sentiasa di sampingnya.

Kerana itu, ketika berbicara tentang anak-anaknya, dia begitu teruja serta ceria dan semuanya terpancar jelas di wajahnya.

Dalam perbualan kami petang itu juga, mata pelakon drama bersiri Spa Q ini meliar melihat dan mencari anak-anaknya untuk memastikan mereka berada di sekitar kawasan tersebut.

“Anak-anak saya semuanya rapat dan kami begitu berpegang teguh kepada ikatan kekeluargaan. Biarpun kami hidup dalam zaman yang serba moden, saya sebenarnya seorang yang cukup tradisional dalam mendidik anak-anak saya.

“Saya bukannya seorang ibu yang memanjakan anak-anak kerana saya mahu mereka berdikari dan sedar betapa sukarnya untuk mencari pendapatan bagi menyara kehidupan.

“Saya juga amat bertuah kerana anak-anak saya cukup memahami situasi dan kesibukan saya sebagai seorang aktres. Kerana itulah, saya pasti akan mencari masa untuk bersama mereka dan mendengar segala permasalahan yang mereka hadapi,” katanya yang juga sering berkunjung ke sekolah anak-anaknya dan berbincang dengan guru untuk mengetahui perkembangan mereka.

Dalam perkembangan lain, Norish turut mengkhabarkan berita terbaru apabila dia kini sudah pun mengorak langkah sebagai seorang ahli perniagaan dan juga pereka fesyen.

Dengan tertubuhnya The Oasis Boutique and Living yang sudah pun mula beroperasi di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur beberapa bulan lalu, Norish mengharapkan perniagaannya itu dapat diterima dengan baik oleh pencinta fesyen.

Berkongsi dengan dua orang rakan kongsi, Norish yang mula dikenali menerusi filem Sayang Salmah pada tahun 1995 itu memberitahu butiknya itu adalah sebagai lambang manifestasi kecintaannya terhadap dunia perniagaan.

“Tidak hanya fesyen, saya juga memberi khidmat dan rundingan tentang dunia fesyen kepada mereka yang mahu mencari sesuatu kelainan dalam mengikut trend semasa,” jelas Norish dalam nada optimis.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.