saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 04/04/2011

Bukit Katil jadi pusat sehenti perabot kayu

MELAKA 3 April - Kawasan Bukit Katil di sini akan dijadikan pusat sehenti pengumpulan produk perabot kayu khususnya dari kalangan pengusaha bumiputera melalui penubuhan Rumah Melaka di kawasan tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, Rumah Melaka yang dibina menggunakan pelbagai spesies kayu dengan kos RM5 juta berfungsi sebagai agen promosi dan pusat sehenti bagi memasarkan produk kayu di seluruh negara.

Menurutnya, selain menjadi pusat pengumpulan dan pameran perabot kayu, Rumah Melaka merupakan salah satu produk pelancongan terbaru yang diperkenalkan di negeri ini dalam usaha menarik lebih ramai kunjungan pelancong ke Melaka.

''Pengunjung juga selain boleh membeli produk tempatan, berpeluang melihat majlis perkahwinan kerana di Rumah Melaka melalui kemudahan dewan serba gunanya turut dibenarkan mengadakan majlis perkahwinan dengan menampung 2,000 hadirin selain keluasan yang mencapai dua hektar," katanya di sini baru-baru ini.

Katanya, penubuhan Rumah Melaka bertujuan membantu negara menampung permintaan produk kayu-kayan di pasaran luar negara seperti Eropah dan Jepun sekali gus membantu meningkatkan hasil pendapatan pengusaha tempatan dalam industri tersebut.

''Saya yakin melalui kemudahan ini, bagi rancangan jangka masa panjang, usaha ini mampu membantu meningkatkan industri perkayuan negara," katanya.

Usaha itu kata beliau, bertepatan dengan hasrat kerajaan melalui penetapan Dasar Perindustrian Kayu Malaysia (NATIP) dengan menyasarkan nilai eksport kayu negara mencecah RM53 bilion menjelang 2020.

''Rumah Melaka kita lihat berpotensi dijadikan hab atau pusat sehenti produk keluaran syarikat bumiputera.

''Buat masa ini, Furniture Industry Technology Centre (FITEC) sebuah anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (Mara) dilantik untuk menguruskan penjualan produk keluaran Bumiputera di Rumah Melaka," katanya.

Melalui usaha itu kata Mohd, Ali, pengusaha perabot bumiputera dijangka dapat memperluaskan jaringan pasaran melalui penyertaan dalam aktiviti dan program yang akan dijalankan secara berkala di Rumah Melaka.

Katanya, antara produk perabot kayu yang dalam pameran dan turut dijual kepada pengunjung di Rumah Melaka ialah seperti perabot taman, ruang tamu, bilik tidur, kabinet dapur, set ruang makan, perabot kanak-kanak, perabot pejabat, hiasan kraf tangan dan perabot hiasan dalaman.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.