saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 05/04/2011

Sultan Ahmad Shah mahu julang ASEAN

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah semalam menyuarakan hasratnya untuk membawa sukan bola sepak ASEAN ke peringkat lebih tinggi, menjadikan ia sebagai rantau bola sepak yang disegani dan pesaing utama dalam Piala Dunia.

Menurut baginda, dalam usaha menjayakan hasrat itu negara-negara ASEAN perlu bersatu terlebih dahulu untuk muncul sebagai satu barisan yang kukuh dan disegani di peringkat dunia dan serantau.

"Saya berada di depan anda hari ini sebagai penyokong kepada semangat 1ASEAN, saya merayu kepada anda semua sebagai anggota sebuah keluarga dalam arena bola sepak, untuk menyalakan obor perpaduan ASEAN," titahnya dalam amanat kepada semua anggota Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), yang dipaparkan di laman web FAM, semalam.

Menurut Sultan Ahmad Shah, bola sepak menyatukan semua, dan inilah perkara pertama yang hendak dilaksanakannya dalam AFF, namun baginda mengakui tidak dapat melaksanakannya secara bersendirian diri tanpa sokongan semua pihak.

Sultan Ahmad Shah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand Datuk Worawi Makudi, merupakan dua calon bagi merebut jawatan Presiden AFF di Perhimpunan Agung AFF di Bangkok Thailand pada 10 April ini.

Presiden semasa AFF ialah Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen yang menerajui pertubuhan itu sejak 1995.

Berhubung pencalonannya, Sultan Ahmad Shah bertitah: "Saya sedia berhadapan dengan setiap cabaran yang dibawa kepada AFF. Saya sudah bertekad dengan sepenuh hati, dan bersedia menghadapinya. Bola sepak bagaikan darah yang mengalir dalam tubuh badan ini, semangat inilah yang membolehkan saya terus berada dalam kancah arena bola sepak sehingga hari ini.

"Itulah bola sepak, sentiasa menuntut yang terbaik daripada pemimpinnya."

Sultan Ahmad Shah memberitahu, baginda mempunyai beberapa idea dalam usaha membolehkan AFF mula membantu kalangan negara anggota antara satu sama lain, untuk membangun menjadi negara bola sepak yang disegani.

AFF ditubuhkan pada 31 Januari 1984 dengan negara anggota terdiri daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.