saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/04/2011

Tidak mungkin bangkit semula


IWAN... Lima tahun akan datang belum tentu ada penyanyi yang mahu merakamkan album berkonsep dangdut.


MUZIK dangdut yang dibawakan oleh ratu dan raja dangdut Amelina dan Iwan pernah menguasai industri muzik tanah air sekitar tahun 1990-an.

Ketika itu, lagu Memori Daun Pisang dan Semakin Rindu Semakin Asyik menjadi siulan anak-anak muda.

Kemunculan Amelina pada tahun 1994 menerusi album sulungnya, Amelina membuka ruang yang cukup luas bagi penyanyi lain seperti Mas Idayu, Sheeda Angkat Kaki, Haiza, Ani Maiyuni dan Shikin untuk melahirkan album berentak dangdut.

Ketika Amelina muncul dengan album keduanya Asyik (1995), syarikat rakaman juga seronok mengaut keuntungan hasil daripada penjualan album penuh dan kompilasi dangdut.

Bahkan ada individu yang pernah menerajui sebuah syarikat rakaman bertaraf antarabangsa mengalami kerugian RM5 juta ekoran tindakannya membeli sebuah syarikat rakaman tempatan, mengalami kerugian.

Namun hasil jualan album-album dangdut membolehkan individu berkenaan melunaskan segala hutangnya.

Sebenarnya, perintis lagu-lagu dangdut dalam industri muzik tempatan ialah Zaleha Hamid.

Ttetapi kemunculan Amelina yang mengetengahkan konsep dangdut kontemporari mencetuskan fenomena baru dangdut di negara ini.

Simbiosis antara Amelina bersama Iwan terus meledakkan lagu-lagu dangdut ke satu tahap yang bukan sahaja gah di pentas tempatan tetapi juga berjaya menembusi pasaran muzik Indonesia sehingga ke Jepun.

Ketika dangdut berada di era kemuncaknya, sebuah stesen radio enggan memutarkan lagu berirama dangdut dengan alasan ia muzik kelas bawahan, dangdut bukan lagu kita, bukan lagu tempatan.

Tidak cukup dengan mengharamkan dangdut, irama itu terus dipukul pihak yang sama dengan mengklasifikasikan irama dangdut sebagai muzik kelas bawahan. Dalam erti kata lain, penggemar lagu-lagu dangdut adalah low class.

Sedangkan muzik bersifat sejagat. Tiada kelas atasan, kelas pertengahan dan tiada juga kelas bawahan.

Mengapa perlu dangdut terus dipandang jijik, jelek dan kotor oleh pihak yang sepatutnya membantu irama itu duduk di salah satu sudut dalam industri muzik tanah air?

Jika seseorang itu benar-benar bencikan elemen dangdut dalam sesebuah lagu, mengapa ramai yang terkinja-kinja apabila mendengar lagu tema Piala Dunia 2010, Waka Waka, nyanyian Shakira?

Jika pelantun Waka Waka itu ialah Mas Idayu, Sheeda, Haiza, Shikin, Ani Maiyuni, adakah ia diterima mereka yang memandang hina kepada irama dangdut? Atau ditelan sahaja keangkuhan dengan mengatakan - itu adalah world music!

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.