saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 12/04/2011

Gulam Hussein dilantik sebagai Wakil Tetap baru ke PBB

12/04/2011 8:45pm

PUTRAJAYA 12 April Kerajaan telah melantik Datuk Gulam Hussein Gulam Haniff sebagai Wakil Tetap baru Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), New York.

Surat pelantikan diserahkan kepada beliau oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra di sini hari ini.

Gulam Hussein, 56, akan memulakan tugas barunya pada minggu pertama bulan depan menggantikan Datuk Hamidon Ali.

Gulam Hussein adalah seorang diplomat kerjaya kanan yang telah berkhidmat di Kementerian Luar sejak 1979.

Antara jawatan penting yang dipegang beliau sepanjang perkhidmatannya di ibu pejabat kementerian ialah Ketua-Pengarah Sekretariat Nasional ASEAN-Malaysia (2005-2007) dan Timbalan Ketua Setiausaha II (2007-2008).

Tugas paling akhir beliau ialah selaku Duta Besar Malaysia ke Belgium dari Ogos 2008 hingga April 2011. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.