saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 14/04/2011

Perkim dekati Orang Asli Terengganu

Iltizam melahirkan masyarakat Orang Asli yang menghayati cara hidup Islam tidak pernah hilang dari perancangan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). Pelbagai program diadakan sama ada melalui kunjungan ke perkampungan di pedalaman mahu pun membawa komuniti Orang Asli keluar.

Taraf hidup dan budaya hidup yang berbeza menjadi antara halangan dan cabaran untuk Perkim membimbing mereka.

Namun begitu, unsur-unsur negatif yang membelenggu semakin dapat dihakis dari masa ke semasa dengan pendekatan Perkim dan juga agensi-agensi lain yang tidak pernah jemu berusaha mendekati mereka.

Pada 24 hingga 26 Mac lalu, Perkim Negeri Terengganu buat julung kalinya mengambil inisiatif menganjurkan Kem Penghayatan Cara Hidup Islam untuk Orang Asli di Terengganu.

Ia menghimpunkan masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu, Kampung Sungai Pergam dan Sungai Sayap bertempat di Angullia Beach House Resort, Marang.

Program itu mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Pejabat Agama Hulu Terengganu dan Perkim Cawangan Kuala Berang dan Perkim Kebangsaan turut membantu khususnya dalam aspek penyediaan peruntukan untuk pembiayaan program itu.

Menurut Pegawai Eksekutif Perkim Terengganu, Mohd. Subri Jaafar, ada tiga bentuk perkampungan Orang Asli di Terengganu iaitu Kampung Sungai Berua di Hulu Terengganu (berhampiran Empangan Kenyir), Kampung Sungai Pergam di Hulu Jabur, Kemaman dan juga Kampung Sungai Sayap di Hulu Keruak, Besut.

Katanya, selain Perkim, agensi lain yang giat bekerjasama menggerakkan kerja dakwah dan kebajikan di perkampungan orang asli adalah Jabatan Kemajuan IslamMalaysia (Jakim), Jabatan Kebajikan Orang Asli ( Jakoa), pejabat agama dan Majlis Agama Islam Terengganu.

"Peringkat pelaksanaan aktiviti dibantu oleh Perkim cawangan-cawangan khususnya dalam aspek persediaan dan persiapan," katanya.

Program tiga hari ini berjaya menghimpunkan 72 Orang Asli. Mereka diberi pendedahan dan bimbingan secara sistematik kepada peserta yang dibimbing secara teori serta praktikal mengikut tahap keupayaan kefahaman mereka.

Menurut Subri, kerja-kerja dakwah dan kebajikan Perkim kepada masyarakat Orang Asli yang dijalankan di kampung selama ini membuahkan hasil serta menunjukkan kesan yang baik.

Program bimbingan dimulakan dengan ceramah bertajuk Kenapa Manusia Perlukan Agama? dan 'Indahnya Kita Dipilih Oleh Allah SWT Uuntuk Menjadi Umat Manusia Yang Beragama Islam yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Tengku Zaharah, Zamri Nik.

Program itu dikembangkan dengan bimbingan secara halaqah (berkumpulan) di mana pemudah cara dari Jakim menyampaikan beberapa bengkel serta bimbingan bagi menghilangkan rasa segan dan malu peserta.

Bimbingan secara teori dan praktikal dimulakan dengan keperluan menghayati cara hidup Islam, memahami dengan lebih jelas kalimah syahadah, tuntutan kebersihan, bimbingan wuduk, mandi wajib, azan serta bimbingan solat secara individu dan berjemaah.

Selain itu, Penolong Pegawai Dakwah dan Kebajikan Perkim, Amran Anbarasu Abdullah menyampaikan ceramah bertajuk Hidup Sebagai Seorang Islam.

Beliau turut berkongsi pengalaman menghayati ajaran Islam dan sesi tersebut mendapat tumpuan daripada peserta.

Subri menambah, Perkim juga mengenalpasti beberapa peserta yang mempunyai potensi dan kebolehan untuk diberi bimbingan menjadi pendakwah di perkampungan Orang Asli.

"Sekurang-kurangnya mereka boleh memainkan peranan di surau-surau yang dibina oleh Jakim bersama-sama Penggerak Masyarakat Orang Asli Jakim dalam mengimarahkan surau sebagai muazin dan sebagainya," kata beliau.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Naib Pengerusi Perkim Negeri Terengganu, Datuk Saad Boto'.

Di akhir program, Perkim menganugerahkan peserta terbaik kepada Awang Ibrahim dan Sarifah Noksin.

Enam peserta iaitu Abdul Hadi Alias, Roy Beteng, Abdullah Ali, Rohani Desoh, Siti Halimah Razak dan Khatijah Pin juga menerima hadiah sebagai peserta cemerlang.

Selain itu, Subri dan pemudah cara menyampaikan sumbangan hamper makanan kepada peserta untuk dibawa pulang. Turut hadir, Pegawai Agama Hulu Terengganu merangkap Pengerusi Perkim Kuala Berang, Syed Nazmi Tuan Taufek.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.