saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 14/04/2011

Meraikan Kem Tengku Mahkota


SEBAHAGIAN daripada peserta pengakap sekolah yang menyertai program anjuran Pesekutuan Pengakap daerah Jengka, Pahang, baru-baru ini. – Utusan/Salehudin Mat Rasad


KUALA KRAU 13 April – Jambori Antarabangsa 30 Tahun Pengakap Jengka dan perayaan Jubli Perak Kem Tengku Mahkota di Bandar Jengka di sini selama lima hari melibatkan ahli pengakap dari seluruh negeri dan luar negara.

Pesuruhjaya Kehormat Pengakap Pahang, Datuk Hamidin Abdullah berkata, program tersebut melibatkan ahli pengakap dari negara lain seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei.

Menurut beliau, pemilihan Kem Tengku Mahkota sebagai menyambut ulang tahun tersebut amat bermakna kerana kem itu dirasmikan sendiri oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 1985.

“Pada 16 April ini, genap usia 30 tahun penubuhan Persekutuan Pengakap Malaysia Jengka yang mana tarikh tersebut berlaku penyerahan beberapa pasukan pengakap sekolah dari daerah Jerantut ke Jengka sebagai satu entiti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Urus Setia, Anuar Yusof berkata, pelbagai aktiviti pengakap disusun melibatkan ahli dari sekolah rendah, menengah, Kelana dan Pengakap Antarabangsa.

Jelasnya, selain itu, pengakap antarabangsa turut mengesahkan kehadiran mereka seperti Thailand menghantar 160 peserta. Indonesia (88), Singapura (12), Brunei (2) dan beberapa negara lain.

Katanya, bagi peserta dalam negara pula, kontinjen Terengganu menghantar peserta terbanyak iaitu 64 orang diikuti Kelantan dan Perak masing-masing 40 ahli; Melaka (15) dan Pulau Pinang (6).

‘‘Antara aktiviti yang akan diadakan adalah penyampaian Tokoh Pengakap Jengka, Anugerah Kepemimpinan Pengakap Jengka, Anugerah Rambu Pengakap dan Pingat Perayaan Jubli Perak Kem Tengku Mahkota,’’ katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pengakap Pahang, Datuk Lias Mohd. Noor berkata, jambori tersebut membuktikan persaudaraan kemanusiaan sejagat merentasi sempadan negeri dan negara.

Katanya, semangat Pengakap yang menjadi amalan setiap ahli diharap menjadi pemangkin bagi mengukuhkan lagi usaha untuk keamanan dunia, kemakmuran dan kesejahteraan alam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.