saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 14/04/2011

Sukaguam tawar khidmat guaman percuma


KHAIRUL Anwar Rahmat (kiri) dan Jawahar Ali (tengah) berbincang mengenai program Sukaguam sambil diperhatikan beberapa peguam sukarelawan lain di Restoran Ali Maju, Setapak, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI


KUALA LUMPUR 13 April - Kebimbangan banyak pihak terhadap sistem baru mahkamah yang menyaksikan kenaikan kos yuran guaman sehingga 400 peratus menemui kelegaan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Sukarelawan Peguam (Sukaguam).

Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, Sukaguam yang baru ditubuhkan ini akan menawarkan khidmat nasihat dan rundingan berkaitan undang-undang sivil dan syariah secara percuma kepada semua peringkat masyarakat.

Kata beliau, perkhidmatan tersebut merangkumi isu perkahwinan, perceraian, nafkah, wasiat, harta pusaka, pembelian hartanah, pembuangan kerja secara tidak adil, hak-hak ketika ditahan polis dan banyak lagi.

"Perkhidmatan tersebut ditawarkan bagi tempoh tiga bulan menerusi tujuh kaunter khidmat iaitu pada setiap Jumaat minggu pertama dan ketiga setiap bulan dari pukul 3 hingga 6 petang bermula Jumaat ini.

"Orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat Sukaguam bertempat di Restoran Ali Maju, Sri Rampai, Wangsa Maju, Jumaat ini dan bagi yang ingin menghubungi Sukaguam boleh menghantar e-mel ke [email protected]," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khairul berkata, inisiatif ini merupakan kerjasama antara Khairul Group, Restoran Ali Maju Sdn. Bhd. dan tujuh peguam sukarelawan.

Katanya, khidmat nasihat yang akan diberikan berunsur panduan secara tepat bagaimana dan di mana mereka boleh mendapatkan kembali hak atau menyelesaikan masalah mereka.

"Khidmat yang kami berikan ini boleh membantu orang ramai mengurangkan kos sekitar RM2,000 hingga RM3,000 yang kebiasaannya dikenakan oleh firma guaman bagi khidmat 'buka fail' dan kaunseling, namun kami tidak mengenakan apa-apa bayaran pun, semuanya percuma.

"Kami akan membantu menyelesaikan masalah orang ramai menerusi kaunseling, namun jika mendapati kes yang dihadapi memerlukan khidmat peguam, kami akan mendapatkan firma guaman yang boleh mengenakan kos berpatutan," ujarnya.

Kata beliau, Sukaguam bercadang mewujudkan sekretariat tetap selepas tempoh percubaan selama tiga bulan dan seterusnya memperluaskan perkhidmatan itu kepada masyarakat di luar bandar secara percuma.

Beliau berkata, lebih menarik pada sesi perkhidmatan tiga bulan itu, Restoran Ali Maju akan menyediakan makanan dan minuman secara percuma kepada orang ramai yang mendapatkan perkhidmatan Sukaguam.

Khairul berkata, pihaknya amat mengalu-alukan terutamanya golongan yang kurang berkemampuan serta tidak berpengetahuan tentang khidmat perundangan tetapi sangat memerlukan sesi kaunseling daripada peguam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Restoran Ali Maju Sdn. Bhd, Datuk Jawahar Ali menyeru pengusaha restoran lain untuk sama-sama membantu menjayakan program tanggungjawab sosial ini.

"Pada Jumaat ini kita akan mengadakan khidmat Sukaguam di restoran kami di Wangsa Maju, tetapi bagi minggu-minggu berikutnya kita akan berpindah ke Restoran Ali Maju di sekitar Lembah Klang pula," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.