saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 15/04/2011

Minta khidmat ETS di stesen Batang Benar

SUDAH tiga tahun saya menggunakan pengangkutan awam komuter KTM ke tempat kerja di Kuala Lumpur dari stesen Batang Benar, Nilai, Negeri Sembilan. Pelbagai kisah pahit manis saya dan penumpang lain alami ketika menggunakannya, terutama ketika tren rosak atau jadual tergendala.

Selepas sekian lama menggunakan komuter, akhir tahun lalu, perkhidmatan Electronic Train Services (ETS) KTMB beroperasi dari stesen Sentul ke Seremban pada awal pagi dan waktu puncak petang.

ETS yang mempunyai enam gerabak ini cukup selesa buat penumpang berbanding komuter. Malangnya, ETS tidak memberi perkhidmatan kepada penumpang di stesen Batang Benar, sebaliknya hanya berhenti di stesen Bangi sebelum meneruskan perjalanan ke Nilai dan berakhir di Seremban.

Untuk pengetahuan, hampir 200 penumpang menggunakan perkhidmatan komuter dari pukul 6 hingga 8 pagi setiap hari untuk ke tempat kerja. Namun ETS yang melalui stesen berkenaan tidak berhenti mengambil penumpang, terutama pada pukul jam 6.40 pagi. Ini menyebabkan penumpang yang bertugas pada pukul 8 pagi terpaksa menunggu komuter sebelum pukul 6.20 pagi, bagi mengelakkan mereka terlewat masuk kerja.

Begitu juga ketika pulang, penumpang yang menaiki ETS terpaksa turun di stesen Bangi, sebelum menunggu komuter lain yang berhenti di stesen Batang Benar untuk balik ke rumah.

Sebelum ini ada pihak yang memberi alasan ETS sukar berhenti di stesen Batang Benar kerana di luar landasan laluan dan mengambil masa lama untuk berhenti. Namun pada 13 April lalu, ETS yang membawa penumpang yang terkandas di stesen Kajang berhenti di Batang Benar untuk pertama kalinya tahun ini.

Selain itu papan tanda turut memaklumkan ETS memberi perkhidmatan kepada penumpang di Batang Benar, namun tidak dilaksanakan.

Sehubungan itu, saya dan penumpang lain ingin memohon Kementerian Pengangkutan, KTMB dan pengurusan ETS memberi pertimbangan terhadap permohonan kami yang turut ingin menikmati kemudahan yang diberikan ETS.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.