saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 15/04/2011

Sungai Batu Pahat tercemar teruk


JAMALUDDIN Jamil memberi penerangan kepada pelajar tentang operasi di Loji Rawatan Air Sri Gading, Batu Pahat, semalam.


BATU PAHAT 14 April - "Air, air di mana-mana, tetapi tidak setitik pun dapat diminum''.

Demikian petikan sebahagian puisi The Rime of the Ancient Mariner karya ahli falsafah England, Samuel Taylor Coleridge yang mungkin sesuai digunakan bagi menggambarkan keadaan sungai di daerah ini yang tercemar teruk sehingga terlalu sukar untuk dirawat bagi kegunaan air minuman.

Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJ), Jamaluddin Jamil, sejak dua tahun lalu, tidak setitik pun air dari sungai di daerah ini, dirawat untuk kegunaan minuman kerana kualitinya yang terlalu rendah akibat pencemaran.

"Air sungai di daerah ini memiliki tahap keasidan yang tinggi iaitu antara pH 3 dan 3.5. Terlalu sukar untuk dirawat bagi mencapai pH yang sesuai antara 6 hingga 7.

"Justeru, air untuk minuman, kita rawat di Empangan Bekok yang mendapat sumber air dari sungai di luar daerah ini iaitu dari Segamat," katanya kepada pemberita pada Hari SAJ bertemu pelanggan di Loji Rawatan Air Sri Gading, di sini hari ini.

Pengunjung termasuk 60 pelajar Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat dan Sekolah Menengah Tinggi Kluang diberi penerangan tentang tugas SAJ.

Jamaluddin berkata, pelbagai punca boleh menyumbang kepada pencemaran sungai antaranya pengaliran baja serta sisa pertanian terutama tanaman sawit, pembuangan sisa kilang dan kedudukan daerah ini yang berada pada kedudukan sama paras dengan laut turut berpotensi menyebabkan kemasukan air laut ke dalam sungai.

"Di Batu Pahat agak unik dan tugas SAJ mencabar di sini kerana kita tidak boleh gunakan sumber air dari sungai di sini.

"Setiap hari, sebanyak 165 juta liter air digunakan di daerah ini. Bagi jangka masa panjang, sungai di daerah ini diperlukan untuk menampung keperluan yang semakin bertambah," katanya.

Menurutnya, dalam tempoh 20 tahun akan datang, kaedah lain perlu digunakan berbanding hanya bergantung pada Empangan Bekok bagi memastikan keperluan air bersih penduduk dapat dipenuhi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.