SUKAN TEMPATAN
ARKIB : 15/04/2011
Selangor tidak rela jadi mangsa
KUALA LUMPUR - Kehebatan Perak mencalarkan reputasi hebat Kelantan, Selasa lalu bagaikan satu amaran kepada Selangor bahawa pertemuan di Stadium Shah Alam pada malam esok bakal memberikan laluan berduri kepada Red Giants yang berangan-angan mahu meraih tiga mata.
Apa tidaknya, berdasarkan apa yang diperkatakan oleh pengendali Selangor sendiri, K. Devan secara jujur beranggapan Perak mempunyai peluang untuk mengejutkan mereka jika pemainnya tidak mengambil serius cabaran anak-anak buah Norizan Bakar.
Tanpa berselindung, Devan mengakui Perak bukanlah sebuah pasukan yang calang-calang pada musim ini apabila dinilai kekuatan skuad Seladang itu daripada semua aspek.
"Jika diteliti rakaman perlawanan antara Perak dan Kelantan, saya dapati antara kualiti yang cukup bagus pada mereka adalah di bahagian sayap dalam mencipta peluang di samping sekembalinya Akmal Rizal Ahmad Rakhli di prestasi terbaiknya.
''Bukan itu sahaja, Perak saya dapati cukup bertuah kerana pemain mudanya memberikan 100 peratus ketika beraksi di atas padang yang memberikan kekuatan tambahan kepada pasukan.
''Bahagian pertahanan dan tengah Perak juga cukup berdisiplin malahan mereka merupakan pasukan paling sedikit melepaskan gol setakat ini di dalam saingan Liga Super," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.
Tambah Devan, dia akan memberikan perhatian khusus kepada bekas penyerang kebangsaan itu yang semakin meningkat naik dan konsisten sepanjang musim ini
''Saya boleh menurunkan dua pertahanan terbaik saya, Khairul Anuar Baharom dan Mohd. Nasriq Baharom dalam perlawanan tersebut dan saya yakin mereka berdua mampu merantai pergerakan Akmal.
"Buat masa ini, saya sudah pasti kehilangan Yosri Derma Raju ekoran mengutip tiga kad kuning dan Hardi Jaafar kerana kecederaan namun itu tidak menggusarkan saya.
"Ini kerana saya telah mempunyai perancangan tertentu untuk merobek kekentalan pertahanan Perak dan saya yakin kami akan keluar perlawanan itu sebagai pemenang dalam perlawanan itu nanti," ujarnya.
Devan juga tidak menolak kemungkinan bahawa dia akan terus menggunakan khidmat Saiful Amar Sudar selaku penjaga gol utama yang cemerlang pada perlawanan berdepan Felda United tempoh hari.
"Itu merupakan aksi pertama dia (Saiful) sepanjang 90 minit dan saya berpuas hati kerana kami dapat menamatkan perlawanan tanpa sebarang dibolosi gol.
"Kemungkinan saya akan memberikan peluang untuk Saiful untuk bermain dalam perlawanan dengan Perak nanti," katanya.
Pahang belasah Kedah, mara ke final Piala Malaysia
Pahang belasah Kedah, mara ke final Piala Malaysia
Tengku Abdullah sah bertanding
Saya rai kemenangan - TMJ
TMJ ada kredibiliti jadi pemimpin - Presiden FAM
Hadiah istimewa buat anak - Safiq
Terlalu hormat punca Terengganu kalah
6 pemain tempatan bakal perkuatkan skuad Bujang Senang musim depan
BAM masih ada 2 bulan lagi
PKBM terseksa tunggu keputusan
Siapa jaguh LIMBC 2014?
Lechner hampiri kejuaraan wanita elit
Tengku Abdullah sah bertanding Exco FIFA
Jurulatih BAM tutup mulut
Tengku Abdullah jawab persoalan hari ini
Safiq Rahim terajui kemaraan JDT ke separuh akhir
Lambat dapat duit jadi alasan
Hari penentuan PKBM digantung atau dilepas?
Kualiti padang Stadium Nasional buat Dollah bimbang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












