saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 17/04/2011

Mereka tidak berdosa


Norlina kehilangan Muhammad Amir Amzar yang lebih manja dengan panggilan Uteh kerana AIDS pada 2 Februari lalu.


Usahlah disebut pengorbanan kerana ia lebih kepada perkongsian rasa cinta dan kasih kepada anak-anak yang kehilangan belaian, dakapan serta perhatian ibu bapa seperti hilangnya insan-insan itu yang selama ini menjadi tempat bergantung di alam fana ini," spontan tutur lembut itu terpacul dari mulut Norlina Alawi.

Sejak 10 tahun lalu, umum mengenalinya sebagai Pengasas dan Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM). Norlina lebih selesa menyebutnya sebagai Keluarga Besar Norlina Alawi Berhad (dahulunya Pusat Perlindungan PERNIM Bhd) lantaran nilai kekeluargaan yang menjadi keutamaannya..

Sungguhpun mengelak untuk mengakui apa yang dilakukan selama ini pengorbanan namun masyarakat yang prihatin dan peka dengan susur galur dan getir perit yang dilalui untuk membela nasib anak-anak yang bukan lahir dari rahimnya sendiri itu memang tidak terhitung.

Saat diajukan situasi yang dilaluinya itu, Norlina tersenyum menyerlahkan wajah putih bersihnya tanpa secalit solekan.

"Seandainya masyarakat di luar sana menganggapnya pengorbanan, saya mahu mereka tahu saya cuma hilang saat-saat bersendirian bersama suami dan anak-anak kandung.

''Namun Allah gandakan saat itu melalui detik indah yang mungkin tidak terucap dengan kata-kata tetapi cukup bermakna. Ketika anak-anak yang dahulunya dipandang rendah, kotor kerana berkudis, jijik dan daif tetapi kini dalam keadaan bersih, sihat tubuh badan dan comel datang memeluk sambil memanggil mama, kami sayang mama, Subhanallah," katanya.

Tekad

Segala-galanya bermula apabila beliau bertekad menolong seorang gadis yang hamil dan mengidap HIV/AIDS. Bagi menyelamatkan bayi itu dari dijangkiti HIV, Norlina sanggup berkorban untuk mengandung anak keenam demi menyusukan bayi gadis itu. Saat itu tidak terfikir tentang kesannya di kemudian hari namun kata-kata hikmat seorang doktor bahawa susu ibu yang sihat mampu memberi antibodi kepada bayi tersebut, naluri keibuannya menyuntik kekuatan.

Menanggung perbelanjaan anak-anak yang mencecah puluhan ribu setiap bulan, Norlina menjalankan perniagaan katering termasuk menerima tempahan beriani ala arab yang dikendalikan sejak bertahun-tahun lalu.

''Saya mahu pandangan terhadap anak-anak yatim di negara ini berubah kerana orang ramai cenderung mengaitkan kalau rumah anak yatim mesti daif, berbau hancing sana sini, anak yatim mesti berhingus, selekeh dan hapak,'' katanya yang mendapat sokongan suami, Lt Kolonel Roslan Zakaria.

''Bagi segelintir insan yang memandang serong terhadap saya, jangan risau, saya telah mewariskan segala harta saya yang diuruskan oleh Amanah Raya Berhad untuk anak-anak yang mempunyai latar belakang berbeza,'' katanya.

Uteh dan Murni

Sepanjang 10 tahun bergelut mahu membela nasib anak-anak kurang bernasib baik, Norlina melalui dua pengalaman menyayat hati apabila dua anaknya meninggal di pangkuan sendiri.

Dia kehilangan Muhammad Amir Amzar yang lebih manja dengan panggilan Uteh kerana AIDS pada 2 Februari lalu. Uteh mengidap AIDS sejak dilahirkan mewarisi virus tersebut daripada ibu bapanya yang meninggal dunia akibat penyakit yang sama.

"Selepas kematian ibu bapanya, ahli keluarga yang lain tidak sanggup memelihara Uteh selepas dia disahkan positif mengidap lantas menyerahkan kepada PERNIM pada 2005.

'' Saya hantar dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Muda, Ampang dan kini berada dalam Tahun Lima. Kanak-kanak ini sangat rajin ke sekolah walaupun faktor kesihatan sering membataskan pergaulannya dengan kawan-kawan," ujarnya.

Mengimbau kehilangan seorang lagi anak jagaannya, Nur Murni kerana penyakit yang sama membuatkan wanita itu tidak mampu membendung air mata.

''Anak itu ditinggalkan di hospital dalam keadaan amat menyayat hati, penuh berkudis,'' katanya. Tiada keluarga yang mahu membela, lantas Norlina memikul tanggungjawab tersebut secara rela, namun Tuhan lebih menyayangi Nur Murni. Walaupun sedih dengan kehilangan kedua-dua anak yang dianggap lahir dari rahimnya sendiri Norlina reda dengan ketentuan Ilahi.

Impian Norlina agar ramai lagi wanita boleh mengikuti jejak langkahnya. Lantas dia berharap siri Jelajah Setanggi Cinta Norlina Alawi yang akan bergerak ke setiap daerah, negeri dan seluruh dunia dapat melahirkan klon-klonnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.