saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 17/04/2011

Dera wanita: Lelaki perlu suarakan bantahan

17/04/2011 6:25pm

BATU GAJAH 17 April — Golongan lelaki harus bertindak dan suarakan bantahan terhadap penderaan dan keganasan yang dilakukan oleh kaum sejenis mereka terhadap wanita, kata tokoh aktivis pembelaan hak wanita, Datin Paduka Marina Mahathir.

Beliau berkata, ini kerana kaum lelaki juga berperanan penting untuk mengubah sikap masyarakat dan norma sosial supaya ia dapat mencegah keganasan terhadap wanita daripada berlaku.

"Perubahan boleh berlaku jika kita berusaha menukar sikap masyarakat tentang keganasan khususnya terhadap wanita dan kanak-kanak,” katanya ketika berucap pada program kempen ”Lelaki Menentang Keganasan” peringkat daerah Kampar di Dewan Serbaguna, Kampung Chenderong, Tanjung Tualang di sini hari ini.

Beliau mewakili Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merasmikan program anjuran Sekretariat Pembangunan Masyarakat dan Sosial, Pergerakan Wanita UMNO negeri Perak dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) negeri Perak.

Katanya, kempen “Lelaki Menentang Keganasan” merupakan satu pergerakan global di mana ramai lelaki di seluruh dunia membuat perjanjian untuk tidak melakukan, memaafkan atau berdiam diri mengenai keganasan terhadap wanita dan gadis. — Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.