saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/04/2011

Lelaki perlu tentang keganasan ke atas wanita


MARINA Mahathir melekatkan cap tangan sebagai tanda sokongan kepada Kempen Lelaki Menentang Keganasan di Chenderong, Perak, semalam.


KAMPAR 17 April - Lelaki berperanan mengubah sikap masyarakat dan norma sosial bagi mencegah keganasan terhadap wanita terutamanya dalam rumah tangga.

Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir kesal kerana ada kalangan masyarakat menganggap lelaki seperti suami berhak memukul isteri sehingga menjadi penyebab berlakunya keganasan rumah tangga.

Katanya, sikap masyarakat itu boleh diubah sekiranya golongan lelaki bangkit menentang pihak yang melakukan keganasan terhadap wanita.

''Saya baru sahaja pulang daripada satu persidangan mengenai agama, kepercayaan dan hak wanita di Atlanta, Amerika Syarikat dan saya kagum mendengar tentang usaha pemimpin Islam dan Kristian di beberapa negara di Afrika untuk memerangi keganasan terhadap wanita.

''Di Senegal misalnya, imam bekerja dengan pertubuhan Tostan berjaya memujuk lebih 4,000 kampung menghentikan tradisi menyunat wanita yang mengakibatkan banyak masalah kesihatan termasuk HIV dan kematian," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika mewakili adiknya, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz pada perasmian Kempen Lelaki Menentang Keganasan Daerah Kampar di Chenderong, Tanjung Tualang, dekat sini hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Mengikut rekod, sejak 1994, polis menerima lebih 3,000 laporan keganasan rumah tangga di seluruh negara setiap tahun.

Menurut Marina, tidak adil bagi wanita untuk hidup dalam ketakutan daripada lelaki yang boleh menjadi abang, bapa saudara, suami, anak atau teman lelaki.

''Kita tahu, daripada kes yang dilaporkan, keganasan terhadap wanita boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur, bangsa atau cara berpakaian. Janganlah sesekali kita menyalahkan mangsa," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.