saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 18/04/2011

Kekalkan bayaran BISP sehingga 2016

Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meminta Kementerian Pelajaran Malaysia agar tidak memansuhkan Bayaran elaun Insentif Subjek Pendidikan (BISP) yang diura-urakan akan dihentikan mulai tahun hadapan.

Presidennya, Mohamed Sabri Mohd Arsad berkata, KGMMB berharap pemotongan dan penarikan balik bayaran BISP dibuat secara beransur-ansur (soft landing) sebagaimana pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

KGMMB, jelasnya, menyarankan supaya BISP ditarik daripada guru yang tidak mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris manakala yang masih mengajar dua subjek tersebut dalam bahasa Inggeris perlu dikekalkan sehingga tamat tempoh pelaksanaannya pada tahun 2016.

"Bagi guru yang mengajar Bahasa Inggeris bayaran BISP ini boleh ditamatkan sekiranya mereka berkelulusan Diploma atau KPLI opsyen Bahasa Inggeris kerana ia berkaitan dengan bidang tugas dan syarat pelantikan mereka sebagai guru,'' katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Dalam hal berkaitan, beliau turut mencadangkan supaya guru-guru opsyen mengajar sekurang-kurangnya 20 hingga 25 waktu seminggu kecuali di sekolah yang menghadapi lebihan guru opsyen dan sekolah kurang murid (SKM).

Dengan cara ini tambah beliau, guru terbabit akan dapat mengekalkan kepakaran dan kecemerlangan dalam bidang yang mereka kuasai khususnya mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Beliau berpendapat, penstrukturan bayaran BISP ini juga baik untuk mengurangkan rasa iri hati guru-guru yang tidak menerima bayaran BISP walaupun mereka mengajar subjek penting seperti Bahasa Malaysia di sekolah aliran Cina dan Tamil, serta Bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.