saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 18/04/2011

Jumlah jenayah juvana makin membimbangkan - KP Pelajaran

18/04/2011 6:52pm

PUTRAJAYA, 18 April Bilangan kes jenayah yang melibatkan pelajar atau lebih dikenali sebagai pesalah juvana adalah semakin membimbangkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud.

Beliau berkata, ia berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh Cawangan Dasar/Pencegahan Jenayah, Bahagian Hal Ehwal Awam, Bukit Aman, di mana pesalah juvana kini cenderung melibatkan diri dalam pelbagai salah laku sosial dan jenayah berat.

"Kebimbangan ini jika tidak ditangani dengan segera akan menambahkan lagi bebanan pihak kementerian dalam menangani masalah sosial dan pelbagai kegiatan yang berhubung kait dengan jenayah, katanya semasa merasmikan uniform Kelab Pencegahan Jenayah peringkat kebangsaan 2011, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8 (1) di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata, mengikut statistik 2010, 1.43 peratus kes-kes disiplin direkodkan di sekolah-sekolah di negara ini, termasuk 0.32 peratus kes jenayah seperti pergaduhan dan kes-kes kecurian.

Justeru beliau berkata setiap sekolah di negara ini disasar untuk menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah sebagai salah satu usaha bagi mencapai sasaran sifar peratus kadar perlakuan jenayah di sekolah. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.