saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 19/04/2011

Jadikan Malaysia hab maritim kompetitif - Tun Mahathir

PELABUHAN KLANG 18 April - Malaysia berpotensi menjadi hab industri maritim berikutan kejayaan beberapa buah syarikat mula mendapat perhatian dan pengiktirafan pemain antarabangsa.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sudah tiba masanya kerajaan memberi perhatian serius dalam menjadikan Malaysia sebagai hab maritim yang kompetitif selepas memiliki pelabuhan-pelabuhan bertaraf antarabangsa.

Kata beliau, keupayaan syarikat-syarikat tempatan muncul antara pemain besar dalam industri maritim mula membuka mata syarikat luar malah mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.

Jika dulu, Malaysia perlu menghantar dan menempah kapal-kapal untuk beroperasi namun kini ia tidak perlu lagi menghantar ke negara-negara asing untuk membuat kapal, jelasnya.

"Pencapaian anak tempatan kini setanding dengan kebolehan asing malah pengiktirafan juga turut diterima bagi membuktikan kebolehan anak tempatan,' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran kapal pengerukan kedua milik Inai Kiara Sdn. Bhd., Inai Liatree.

Inai Liatree merupakan kapal pengerukan berteknologi tinggi dalam kategorinya dan memiliki 13,800 kuasa kuda yang mampu menggali sedalam 22 meter.

Menurut Tun Mahathir, kerajaan dan agensi-agensi berkaitan perlu memberi tumpuan kepada industri perkapalan negara selaras dengan usaha untuk menjadi pemain utama di rantau ini.

Malah katanya, dengan tumpuan yang serius ia juga boleh membantu mengurangkan pengaliran wang keluar negara berbanding berbilion-bilion sebelum ini.

Beliau turut menggesa agar kerajaan dapat memberi pertimbangan sewajarnya seperti pemberian kontrak-kontrak pembinaan kapal-kapal perang kepada syarikat-syarikat tempatan.

"Ia bukan sahaja dapat menjimatkan wang kerajaan malah ia turut membantu anak-anak tempatan belajar dan menjadi pakar dalam bidang-bidang tertentu," katanya.

Mengulas lanjut katanya, keupayaan Inai Kiara kini setanding dengan syarikat asing dan sewajarnya kerajaan boleh mengutamakan syarikat tempatan dalam pemberian kontrak-kontrak tertentu.

"Bagi saya anak-anak tempatan telah membuktikan keupayaan masing-masing dan kini terdapat beberapa syarikat mampu membina kapal-kapal, jadi tiada masalah untuk kerajaan memberi perhatian kepada mereka," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:14
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.