saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 20/04/2011

Hentikan amalan kuota calon

SAYA terpanggil untuk mengulas tentang keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini. Ternyata para pengundi Cina menunjukkan sokongan padu kepada DAP. Namun pada saya ini ada hikmahnya.

Pertama: UMNO sudah boleh dengan berani dan jelasnya meletakkan calon Melayu di tempat majoriti Melayu tanpa perlu bermurah hati memberikan kuota kepada parti-parti komponen lain yang tidak perform. Jika kembali mahu dicalonkan haruslah menunjukkan keberhasilan di pihak mereka juga.

Kedua: Tidak ada lagi apa yang dikatakan pembahagian kuota pada satu-satu pilihan raya. Ertinya, jika Pulau Pinang kembali kepada Barisan Nasional (BN) dan orang-orang Melayu yang memberi kemenangan tersebut, maka Pulau Pinang akan diterajui oleh UMNO.

Ketiga: UMNO tidak lagi perlu terlalu mengikut kehendak MCA dan Gerakan yang pelbagai dan kadang-kadang melampau. UMNO sudah boleh membuat keputusan mereka sendiri atas kepentingan negara sahaja.

Kepada orang-orang Melayu yang masih juga ingin menjadi barua DAP, anda akan berhutang dengan hampir keseluruhan umat Melayu yang sayangkan agama Islam dan bangsanya.

Kepada Nik Aziz yang menerima salam persaudaraan daripada Lee Kuan Yew, kroni Lim Kit Siang dan kroni Karpal Singh dengan mesra, sambil menolak salam persaudaraan daripada saudara seagama yang berlainan parti politik, kamu akan berhutang selama-lamanya dengan kami, orang-orang Melayu yang sayangkan agama Islam dan bangsa Melayu. Apakah kamu tidak nampak atau sengaja membutakan hati?

Kamu tidak bangga menjadi orang Melayu. Berbeza dengan saya yang bangga menjadi orang Melayu walaupun nenek berbangsa Cina. Melalui kesetiaan dan kesedaran orang Melayu lah maka agama Islam sampai ke tanah ini, sehingga semua Melayu itu adalah Islam pada hari ini.

Kamu mendoakan keburukan bagi pemimpin kami, mengkafirkan kami dan menjahiliyahkan kami sedangkan lidah kami mengucap syahadah, solat lima waktu setiap hari, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan diterima menjadi tetamu Allah di Mekah bagi menunaikan haji. Namun kami tetap mendoakan kebaikan sahaja bagi kamu.

Saya cuma doakan hati dan fikiranmu dibukakan Allah kepada kebenaran yang nyata. Hilangkan dendam kesumat kepada UMNO.

Orang-orang Melayu dalam UMNO hari ini sudah punya kesedaran bahawa tidak ada satu kaum pun di Tanah Jawi ini yang boleh memayungi orang-orang Melayu kecuali UMNO. Bukan Pas yang boleh diperkudakan, digunakan dan dihenyak pijakkan DAP; yang berbondong-bondong mengibarkan bendera DAP dengan megah; rela berbaring atas jalan raya bagi menghalang Sultan mereka sendiri demi kerajaan boneka Pas yang dimiliki empayar keluarga Nga dan Ngo.

Tentulah juga bukan PKR yang sekejap ke kiri sekejap ke kanan yang tidak dapat dipastikan arahnya kecuali demi kelangsungan seorang manusia biasa dengan masalah moral yang bertan-tan beratnya. Walaupun kamu membutakan hati terhadap kebenaran yang kamu juga mohon daripada Allah, terpulanglah...

HANIZA AHMAD

Muar, Johor

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.