saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/04/2011

Bantuan RM1.8j untuk mangsa bencana di Jepun


Rosmah Mansor menyampaikan replika cek kepada Masahiko Horie (empat dari kanan) di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 20 April – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyerahkan RM1.8 juta hasil kutipan Tabung Bencana Pandu Puteri-Maybank kepada Duta Besar Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie di kediaman Perdana Menteri di sini, hari ini.

Rosmah selaku Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia berkata, hasil kutipan RM1.8 juta itu termasuk sumbangan RM200,000 daripada Mah Sing Group Berhad akan disalurkan kepada Persatuan Palang Merah Jepun.

Menurutnya, sumbangan dijangka mencecah RM2 juta apabila kesemua cek yang diterima ditunaikan.

Kata Rosmah, tabung itu dilancarkan pada 18 Mac lalu atas dasar persahabatan kedua-dua negara dan keprihatinan terhadap kesusahan yang dialami mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun.

“Saya ucapkan syabas dan tahniah terhadap usaha keras anggota Persatuan Pandu Puteri di negeri-negeri yang sanggup pergi ke kompleks beli-belah untuk meminta sumbangan orang ramai,” katanya selepas menyampaikan replika cek kepada Masahiko.

Turut hadir Naib Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Pengarah Urusan Star Publications Berhad, Datin Linda Ngiam dan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pengarangnya, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Rosmah turut menghargai sikap perkongsian, keprihatinan serta penyayang rakyat Malaysia menyumbang kepada tabung itu di samping akhbar The Star yang banyak memberi publisiti serta Maybank yang menjadi rakan dalam kempen itu.

Sementara itu, Masahiko berkata, beliau mengagumi kepimpinan Rosmah dalam Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang berjaya mengutip sumbangan sebanyak itu setelah sebulan tabung itu dilancarkan.

Beliau turut menghargai sokongan rakyat Malaysia yang menyumbang kepada tabung itu bagi membantu 130,000 mangsa tsunami yang masih tinggal di pusat-pusat pemindahan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.