saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 21/04/2011

Tuntutan saman Nik Sapeia ditolak

KOTA BHARU 20 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos dua writ saman RM20 juta yang dikemukakan oleh ahli perniagaan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan Malaysia berhubung tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2006.

Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim dalam keputusannya memerintahkan Nik Sapeia selaku plaintif membayar kos RM60,000 berhubung dua saman tersebut berkaitan dakwaan beliau mencederakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Julai 2006.

Dalam tuntutan pertama, Nik Sapeia yang juga Timbalan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), memohon ganti rugi kerana mendakwa telah ditahan secara salah oleh PDRM selama satu jam 15 minit pada 1 Ogos 2006.

Bagi tuntutan kedua pula, plaintif mendakwa PDRM membuat kenyataan tidak tepat berhubung penahanannya yang dilaporkan oleh beberapa akhbar sehingga maruahnya tercalar.

Berikutan itu, plaintif memohon ganti rugi atas tahanan RM1 juta, ganti rugi malu atas reputasi dan maruah (RM5 juta), ganti rugi kerosakan teruk (RM2 juta), ganti rugi teladan (RM2 juta) dan ganti rugi am berjumlah RM10 juta.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.