saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 21/04/2011

MRSM Bentong masih ditutup

BENTONG 20 April - Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) sedang menjalankan kajian untuk memastikan sama ada bangunan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini selamat digunakan atau sebaliknya.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, setakat ini bangunan MRSM itu tidak selamat kerana terdapat aliran air berhampiran tapak bangunan tersebut yang boleh menyebabkan tanah di kawasan itu runtuh bila-bila masa.

Katanya, sebahagian daripada bangunan sekolah itu didapati selamat dan boleh digunakan tetapi kerajaan mengambil keputusan menutupnya kerana tidak mahu pelajar dan guru terdedah kepada bahaya.

''Kerajaan cuba menyelamatkan bangunan tersebut dan sedang menjalankan kajian menyeluruh bagi memastikan kawasan itu selamat termasuk proses membaik pulih runtuhan cerun serta tembok berhampiran sekolah tersebut yang berlaku pada 6 Disember 2009.

''Kerja-kerja membaik pulih tembok itu akan dijalankan secara berperingkat tetapi berdasarkan kajian, sememangnya wujud kelemahan dalam proses pembinaan termasuk rekabentuk tembok," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Dalam kejadian 6 Disember 2009, runtuhan cerun di lereng bukit di kawasan itu menyebabkan tangki septik dan padang hoki sekolah itu tertimbus dengan tanah.

Runtuhan sepanjang 50 meter, berketinggian 30 meter dan kedalaman 20 meter itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa memandangkan ia berlaku pada cuti persekolahan.

Menurut Adnan, masalah runtuhan yang berlaku kira-kira 400 meter dari kediaman guru di Blok A dan B di sekolah itu adalah di luar kawalan kerana ia berpunca dari air bawah tanah yang tinggi dan reka bentuk tembok penahan itu sendiri.

Menurut beliau, berdasarkan spesifikasi sebenar, kadar kecerunan yang selamat mesti berada dalam paras piawaian 1.4 ke atas.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh Ikram mendapati spesifikasi cerun di MRSM Bentong hanya 1.2 dan ia kurang selamat.

Adnan berkata, walaupun hanya terdapat sebahagian kawasan yang terlibat dalam runtuhan itu tetapi semua pelajar dan guru telah dipindahkan ke MRSM, Pekan pada tahun lalu sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Jika hendak minta pelajar dan guru terus menggunakan bangunan dan kemudahan yang terdapat di situ sebenarnya tiada masalah tetapi bimbang kerana ada kawasan selamat dan ada kawasan tidak selamat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.