saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/04/2011

Enam produk kosmetik dikesan mengandungi racun

KUALA LUMPUR 20 April - Enam produk kosmetik di pasaran dikesan mengandungi racun berjadual iaitu Dexamethasone, Hydroquinone dan Tretinoin yang boleh membawa pelbagai kesan sampingan kepada pengguna.

Keenam-enam produk tersebut ialah Losyen BML HB, Krim Malam Shana, Krim Herba Natasya Gold, Krim Hydro Pemutih Biotox, Krim Pemutih Yoko dan Krim Rawatan Malam Sue Beauty.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A. Rahman sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli dan menggunakan keenam-enam produk tersebut tanpa nasihat daripada pakar.

Katanya, kesemua produk tersebut telah dibatalkan notifikasinya kerana dikesan mengandungi ketiga-tiga racun berjadual yang membahayakan kesihatan.

"Penggunaan produk yang mengandungi Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan kepada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit menggelupas serta teramat sensitif kepada cahaya matahari.

"Kesan sama juga akan berlaku sekiranya menggunakan produk mengandungi Hydroquinone yang boleh mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran ultra ungu dan cahaya matahari berlebihan sehingga terdedah kepada risiko kanser kulit," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Eisah, Dexamethasone pula adalah sejenis steroid yang boleh menyebabkan kesan sampingan seperti rengsa serta kulit kering dan berjerawat, kulit menjadi nipis serta meningkatkan risiko jangkitan kuman sekiranya digunakan.

"Penggunaan steroid ini dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kesan sampingan yang lebih serius seperti merencatkan fungsi kelenjar adrenal, gangguan metabolik, melemahkan sistem pertahanan badan dan sebagainya," ujar beliau.

Justeru, Eisah menasihatkan sesiapa yang mempunyai stok produk-produk tersebut supaya menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaannya dengan serta-merta kerana melanggar Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

"Syarikat yang melakukan kesalahan pula boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan RM100,000 bagi kesalahan seterusnya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.