saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 23/04/2011

Teksi ‘cekik darah’


PERKHIDMATAN teksi di Stesen LRT Kelana Jaya menjadi rungutan pengguna kerana didakwa tidak menggunakan meter dan mengenakan tambang mahal.


KELANA JAYA 22 April – Pemandu teksi di stesen transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya didakwa tidak menggunakan meter dan mengenakan tambang mahal yang tidak sepadan dengan jarak perjalanan.

Pengguna yang ditemui Utusan Malaysia di stesen itu hari ini mendakwa perbuatan pemandu teksi ‘mencekik darah’ penumpang itu sudah berlaku sejak sekian lama.

Dalam satu situasi, seorang pengguna pada awalnya dilihat sedang berunding dengan seorang pemandu teksi, kemudian berlalu pergi dengan wajah masam.

Hanya mahu dikenali sebagai Melinda, 24, katanya, dia terpaksa membatalkan niat menggunakan perkhidmatan itu untuk ke Sunway Pyramid kerana tidak berpuas hati dengan tambang yang diminta oleh pemandu teksi.

“Saya berasakan tidak munasabah bayaran yang diminta sebanyak RM15,” katanya.

“Pemandu-pemandu di sini sesuka hati sahaja mengenakan caj tinggi, walaupun untuk perjalanan di sekitar kawasan ini sahaja,” katanya lagi.

Seorang lagi pengguna, Grace, 23, berkata, pemandu-pemandu teksi berkenaan akan mengenakan caj yang lebih tinggi ketika tamat waktu pejabat.

Dia mendakwa, kadang-kadang caj tiga kali ganda dikenakan kerana sedar ada pengguna yang tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi.

“Saya pada mulanya sering mengunakan perkhidmatan teksi, namun apabila caj yang mahal sering dikenakan, saya kini lebih selesa menaiki bas perantara,” katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.