saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 25/04/2011

Beg tangan Margaret Thatcher dilelong untuk kebajikan


Satu daripada beg tangan yang dimiliki oleh Margaret Thatcher.- AGENSI


LONDON 24 April - Beg tangan Margaret Thatcher yang terkenal sebagai simbol kuasanya sebagai Perdana Menteri Britain, akan dilelong untuk tujuan kebajikan, lapor akhbar The Sunday Times hari ini.

Beg tangan yang menimbulkan rasa gentar kepada menteri-menteri itu dijangka meraih £100,000 (RM496,000) apabila dilelong pada 27 Jun ini di Christie's.

Beg Asprey berwarna hitam itu merupakan beg yang sering digunakan oleh Thatcher untuk majlis-majlis penting seperti sidang kemuncak dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Ronald Reagan dan pemimpin Soviet, Mikhail Gorbachev ketika zaman pemerintahannya dari 1979 hingga 1990.

Istilah handbangging yang merujuk kepada ketegasan Thatcher berurusan dengan menteri-menteri Kabinet atau sesiapa sahaja pertama kali muncul di dalam akhbar pada tahun 1982.

Kartunis sering menggambarkan Thatcher membelasah orang dengan beg itu.

Lord Kenneth Baker yang berkhidmat di dalam kabinet Thatcher dari 1985 hingga 1990 mengatakan, beg tangan itu merupakan senjata rahsianya.

"Selalunya dia akan mendapatkan beberapa kertas dengan hujah yang tidak dapat dipertikaikan dari beg itu," ujarnya.

Thatcher sering meletakkan beg tangannya di atas meja Kabinet sebagai simbol kuasanya.

Beg tangan itu merupakan sebahagian daripada jualan amal barangan yang didermakan oleh para selebriti. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.