saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/04/2011

SMK Tg. Rambutan juara kuiz PNB


SEBAHAGIAN pelajar sekolah menengah yang hadir pada Pertandingan Kuiz Interaktif PNB-1Malaysia di Minggu Saham Amanah Malaysia 2011 di Ipoh semalam.


IPOH 25 April - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Rambutan muncul juara Pertandingan Kuiz Interaktif PNB-1Malaysia yang diadakan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 di sini hari ini.

Tiga pelajar tingkatan empat sekolah itu, Syafiq Amirul Mohammad, Muhammad Akmal Rosli dan Nur Izzati Abdul Rani menewaskan enam peserta lain untuk membawa pulang unit Amanah Saham Gemilang (ASG) bernilai RM3,000 dan sijil, selain iPad setiap seorang dan satu untuk sekolah.

Ketiga-tiga pelajar itu menerima saingan sengit sebelum bergelar juara apabila mengumpul markah tertinggi menewaskan SMK Tun Perak dan SMK Jati.

Menurut Nur Izzati, soalan paling mencabar untuk dijawab oleh mereka ketika berada di pusingan akhir adalah menjurus ke arah pelaburan kerana mereka bertiga pelajar jurusan sains.

"Kami pun sebenarnya terkejut apabila dinobatkan sebagai juara kerana persediaan untuk menghadapi pertandingan kuiz itu dibuat dalam masa yang singkat.

''Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu-bapa, guru-guru serta rakan-rakan yang sanggup hadir menyokong kami memandangkan penyertaan sekolah kami dalam kuiz PNB ini dibuat pada saat-saat terakhir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah PNB, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Noordin dengan disaksikan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Tempat kedua pertandingan dimenangi oleh SMK Tun Perak yang juga sekolah ahli Kelab Pelaburan Bijak PNB sementara tangga ketiga jatuh kepada SMK Jati.

Sementara itu, guru pengiring SMK Tanjong Rambutan, Aisah Tak Abdullah berkata, unit ASG yang diterima akan digunakan sepenuhnya untuk program peningkatan pelajar terutamanya bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Beliau yang hadir bersama pengetua sekolah, Mustafa Kamal Ramli berkata, iPad yang turut dimenangi mereka pula akan diletakkan di 'Bilik Access' bagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah tersebut.

"Kami mahu kemenangan ini dikongsi bersama semua warga sekolah yang mendoakan kejayaan mereka supaya manfaatnya dapat dirasai bersama," katanya.

Pertandingan Kuiz Interaktif PNB-1Malaysia yang bermula sejak 21 April lalu pada peringkat saringan disertai oleh 5,500 pelajar daripada 57 buah sekolah sekitar Ipoh.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.