saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 27/04/2011

Gugur bayi penjara tujuh tahun

PENGGUGURAN janin yang semakin berleluasa tanpa sebarang perasaan rasa bersalah hari ini menunjukkan bahawa aktiviti tersebut seolah-olah 'halal' dilakukan.

Selain itu, pengguguran juga dilihat mudah dilakukan di mana-mana tanpa mengira tempat dan waktu.

Jika dilihat dari segi perundangan di Malaysia, pengguguran anak merupakan satu jenayah.

Ini kerana, daripada perspektif undang-undang, perbuatan menggugurkan anak sangat serius kerana menyebabkan kematian.

Menurut Pensyarah Jabatan Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datin Noor Aziah Mohd. Awal, mengikut Seksyen 312, Kanun Keseksaan, individu yang menggugurkan anak boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sebaliknya, jika janin yang digugurkan itu sudah bersifat maka mereka yang terlibat boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

''Kita bercakap mengenai undang-undang di Malaysia dan di Malaysia semua pengguguran tidak dibenarkan sama sekali dan sekali gus menunjukkan bahawa undang-undang tersebut amat ketat.

''Daripada situ kita tahu bahawa pengguguran janin merupakan satu jenayah yang mesti dibendung kerana doktor tidak boleh mencabut nyawa bahkan tugas utama mereka adalah untuk menyelamatkan nyawa.

''Tetapi jika dilihat seksyen 312, ia memberi kelonggaran kepada seorang doktor untuk membuat pengguguran jika doktor itu mendapati bahawa pengguguran itu sangat perlu untuk kesihatan ibu yang mengandung atau kandungan itu akan menyebabkan kecelakaan kepada fizikal dan mental pesakit itu,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau menegaskan, dalam hal ini juga sekiranya pelaku tersebut yang meminta untuk digugurkan kandungannya maka dia boleh didakwa.

Bukan itu sahaja malah undang-undang di Malaysia turut menyatakan pengguguran tidak boleh dilakukan tanpa sebab; mana-mana doktor yang menggugurkan kandungan seorang wanita tanpa sebab juga melakukan kesalahan dan asasnya ialah yang pergi dan membuat (pengguguran) boleh didakwa.

Tambah Noor Aziah, pengguguran di negara ini seolah-olah satu aktiviti yang dibenarkan dan hal tersebut terjadi kerana tiada laporan yang dilaporkan.

Katanya, aktiviti tersebut dapat disekat dan diambil tindakan sekiranya terdapat laporan atau aduan yang dibuat.

Ini kerana tanpa laporan, pihak berkuasa tidak dapat berbuat apa-apa, jauh sekali mahu bertindak terhadap mereka yang bersalah.

''Dalam hal ini, siapa yang hendak membuat laporan? Ini kerana mereka yang membuat laporan mestilah terdiri daripada pelaku dan pembuat (doktor) itu sendiri dan ini secara tidak langsung menjerat diri mereka.

''Jika laporan dibuat pun, anda bayangkan klinik-klinik yang dikunjungi tidak menyimpan sebarang rekod pelaku seperti nama ataupun nombor kad pengenalan.

''Dalam erti kata lain, klinik yang menawarkan perkhidmatan tersebut boleh menafikan perkara tersebut dan ia terlepas begitu sahaja ,'' katanya lagi.

Di akhir perbualan, Noor Aziah turut menekankan, dalam hal ini, pengamal-pengamal perubatan juga sepatutnya mempunyai integriti dan tidak hanya memikirkan soal keuntungan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.