saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/05/2011

Dr. Zainal Aznam, Penasihat Ekonomi Negara meninggal

PETALING JAYA 30 April - Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof meninggal dunia pagi ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini akibat serangan jantung.

Zainal Aznam yang akan menyambut ulang tahun ke-67 pada 23 Mei ini, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 10.21 pagi.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Khaziah Abdul Kadir, dan tiga orang anak iaitu Irwan Sharizal, 33, Shazalina, 30 dan Juliana, 23.

Juliana berkata, bapanya dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak 21 April lalu selepas diserang sakit jantung kerana menunggang basikal yang merupakan sukan kegemarannya.

Katanya, bapanya yang ditemani ibunya di wad hospital tiba-tiba tidak sedarkan diri kira-kira pukul 7 pagi.

"Pukul 6.05 pagi tadi, dia bangun tidur dan kata nak makan dan jalan-jalan tetapi kemudiannya ketika dia duduk atas katil, tiba-tiba mengalami serangan jantung yang teruk dan terus pengsan," katanya di kediamannya di Pinggiran Za'aba, Taman Tun Dr. Ismail, di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham yang disembahyangkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Asar.

Adik Allahyarham, Ahmad Kamil, 59, berkata, abangnya merupakan seorang yang yang aktif bersukan dan pernah menyertai beberapa perlumbaan basikal.

Beliau berkata, abangnya diserang sakit jantung selepas pulang daripada berbasikal sejauh 30 km pada 21 April lepas.

"Dia sudah lama tidak berbasikal. Sebelum itu dia balik dari mengerjakan umrah selama 10 hari dan kemudian pergi ke United Kingdom sekejap dan bila balik, dia memutuskan untuk menunggang basikal sejauh 30kilometer," katanya.

Ahmad Kamil berkata, Allahyarham telah dimasukkan ke PPUM dan menjalani"angiogram pada Selasa lalu.

"Tetapi pagi ini dia mengalami serangan jantung yang teruk dan terdapat darah beku di bahagian belakang otaknya...semuanya berlaku secara tiba-tiba," katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.