saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 02/05/2011

Chelsea hidupkan peluang


Penjaga gol Tottenham Hotspur, Heurelho Gomes menghalang bola rembatan pemain Chelsea, Frank Lampard daripada melintasi garisan gol yang akhirnya mengundang kontroversi apabila pengadil perlawanan sebaliknya mengesahkan bola telah pun melepasi garisan tersebut. Chelsea menang 2-1. - AP


LONDON - Impian Chelsea untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana seakan kembali hidup apabila pasukan itu berjaya mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan kelmarin menewaskan Tottenham 2-1 di Stamford Bridge.

Pemain gantian, Salomon Kalou yang dimasukan pada separuh masa kedua menggantikan Fernando Torres berjaya menyumbat gol kemenangan buat Chelsea pada minit ke-89 sekali gus dapat merapatkan jurang mata antara pendahulu liga, Manchester United.

Ketika ini, Chelsea berjaya memperoleh 70 mata daripada 35 perlawanan kurang tiga mata daripada United.

Pada perlawanan tersebut, Spurs terlebih dahulu memperoleh jaringan melalui Sandro pada minit ke-19 bagaimanapun sebelum tamat babak pertama pemain tengah Blues, Frank Lampard dapat menyamakan kedudukan 1-1.

Namun, jaringan Lampard dari jarak 25 meter itu dianggap kontroversi sehingga menimbulkan debat untuk mengunakan teknologi garisan.

Dalam babak tersebut, penjaga gol Spurs, Gomes seakan berupaya menyelamatkan bola rembatan kencang Lampard, bagaimanapun terlepas sebelum dapat menarik balik bola yang sedang melintasi garisan gol.

Kemenangan Chelsea itu juga berupaya memberikan keyakinan kepada anak buah Carlo Ancelotti untuk berkunjung ke Old Trafford menentang United.

Kapten pasukan Chelsea, John Terry berkeyakinan pasukannya mampu menamatkan musim ini dengan baik.

''Kami katakan pada beberapa minggu lalu dan ketika itu kami berada sembilan mata kebelakang namun kami tidak pernah berputus asa. Anda boleh lihat perwatakan setiap pemain yang berusaha melawan sehingga tamat perlawanan.

''United juga telah mengetahui kekuatan skuad yang kami ada dan kami ketika ini amat memerlukan gelaran buat musim ini.

''Kami akan berjuang sehingga memperoleh kemenangan untuk semua penyokong kami," kata Terry. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.